Tuesday, 29 January 2013

ipen ; Touch me first ; I can read

Selepas 3 hari bermuhasabah diri dari  khamis sampai sabtu akhirya hari minggu  tu  aku keluar dari tempat pertapaan.Lamanya aku bertapa. Entah apa yang  aku buat pun aku tak tahu. Seingat aku adalah  seloyang dua kek gula hangus yang aku buat , Nak kata aku sibuk memasak tak delah kot. Buat apa nak masak sangat pun minggu ni  Yuyi dengan gula-gula hack  tak balik ke rumah  sebab sekarang ni dorang tengah sibuk dengan  urusan pindah   rumah . Jadi,  aku masak  ala kadar je untuk suami dengan Firdaus makan.

Hari minggu selepas keluar dari tempat pertapaan, aku ajak firdaus  jalan -jalan cari sarapan di area kawasan berhampiran dengan taman perumahan tempat aku tinggal(ceritanya akan menyusul kemudian) .Petangnya pulak aku bawak  dia ke  JJ bukit tinggi untuk membeli  buku-buku  cerita Inggeris Firdaus kat kedai buku popular

Hai kejadian ; 27 January 2013 ,hari minggu  .masa ; lebih kurang pukul 5.30 petang

Masa ni budak musyuk tengah selsema teruk
Memandangkan masa tu Firdaus tengah selsema aku rembat sepasang baju sejuk untuk Firdaus .Masa tu gak aku sarung kat dia punya  badan .
spesis posing entah apa-apa : )
Dalam  Popular bookstore, masa ni aku sedang  mendengar penerangan lanjut mengenai ipen dari salah seorang pekerja di situ.

Selepas mendapatkan  ipen idaman hati , Firdaus mengajak  aku  ke tempat wajib Big Apple Donut ; Aku beli 6 ketui donut ,  2 ketui Firdaus makan kat situ yang selebihnya aku bawak balik.ke rumah .
Dalam train komuter dalam perjalanan balik ke rumah


ipen ; Ikuti Testimoni dari  seorang makcik yang kini sedang giat menjalankan perusahaan tempe  
Dengan adanya i-pen ni makcik yang buta bahasa Inggeris  tak perlulah nak   merangkak-rangkak mengajar anak makcik membaca buku cerita  dalam bahasa Inggeris.Mulai sekarang ni  makcik banyak  menghabiskan masa  dikilang tempe makcik. Begitu indah hidup makcik sekarang ni, anak makcik boleh membaca buku bahasa Inggeris dengan pertolangan ipen, makcik pulak boleh meninjau pekerja makcik membuat tempe,tak gitu. Amboi nampak gayanya bertambah majulah perusahaan tempe makcik : )
 happynya  anak makcik tempe
Senangnya membaca buku cerita bahasa Inggeris mengunakan i-pen , kita hanya sentuh sahaja   ipen kat nombor muka surat buku cerita  dan  ipen akan membacakan  ayat demi ayat mengikut perenggan.Part yang paling best ,  objek dalam gambar akan bersuara atau berbunyi bila disentuh dengan ipen..
Entah kenapa semenjak dua menjak ni aku suka sangat mengumpul buku cerita kanak-kanak dalam  bahasa Inggeris .
ko mampu baju tidur gambar kapal terbang : )


Sekian saje cerita aku , tempe dan ipen



Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .