Gambar credit to google
Sebuah rumah lama di Tanjung Malim yang terletak diseberang sungai yang menjadi sempadan antara negeri Perak dan Selangor telah banyak meninggalkan kesan mendalam dalam hidupku. Di situlah bermulanya perjalanan baru dalam diari hidupku.Di situ juge aku belajar mengenal warna sebuah kehidupan. Tiba-tiba kenangan itu menerjah kembali............Terlalu banyak untuk aku ceritakan tapi tak terluah sebab aku bimbang disalahertikan dan disalahtafsirkan.. InsyaAllah tiba masanya segalanya-galanya akan aku ceritakan .*macam lirik lagu teman penganti je*
Setakat ni saje yang dapat aku ceritakan , aku akhiri cerita ini dengan cerita mimpi. Semalam aku bermimpi lagi. Mimpi aku kali ni entah dalam kategori apa pun aku tak tahu. Fikir punya fikir aku kategorikan "nampak macam tak de hal lama kelamaan boleh bawak malapetaka".Mimpinya begini ketika aku sedang mengisi perutku yang berkeroncong , aku didatangi oleh seorang hamba Allah.Cukup ceria wajahnya sambil menghulur tangan untuk bersalaman denganku.Yang peliknya aku tak tahu samada itu tangan lelaki atau perempuan.*&%$#@ =tanda bingung
Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .