Showing posts with label Bulan Ramadhan 2013. Show all posts
Showing posts with label Bulan Ramadhan 2013. Show all posts

Friday, 23 August 2013

menu ringkas open house yang simple dan mudah ; Ayam panggang makcik tempe

Ye, murid-murid  ayam panggang ni selain dijadikan  juadah berbuka puasa  ia juga boleh  dijadikan salah satu daripada menu  rumah terbuka . Boleh gitu dah nak  dekat sebulan  Ramadhan berlalu boleh pulak  aku  tepek  juadah berbuka puasa.Nampak sangat aku dah kekeringan idea .Ekceli tak delah  kering idea sangat pun cuma aku sayang nak delete entry yang bertimbun dalam draft .*wink wink wink tangan kat dada mata pandang atas  bajet beratus entry dalam draft yang belum dipublish*
Bahan-bahan untuk perap ayam seekor
1)1 cm kunyit hidup
2)5 ulas bawang merah
3)4 ulas bawang putih
4)2cm halia
semua bahan dikisar
5)4 sudu besar cili kisar
6)santan dari  sebiji kelapa
7)6 helai daun limau purut
8)3 batang serai -dititik
9)3 sudu besar gula merah
10)Garam secukup rasa
Ikat @bedung ayam  sebelum dipanggang supaya ia kelihatan kemas dan menarik ketika dihidang.Menarik sangatlah tu : )

Cara meyediakannya
1)Perap ayam dengan semua bahan
2)Biarkan selama  satu jam-Perap lebih lama akan meninggalkan rasa yang lebih enak
3)Panaskan oven pada suhu 170
4) Apabila selesai diperap pangganglah ayam hingga masak
Hidangkan bersama sos pencicah dan sedia dinikmati
Bahan-bahan untuk sos pencicah

1)6 biji cili besar merah
2)2 ulas bawang putih
3)1/2 inchi halia
semua bahan dikisar halus
Cara menyediakannya
1)Masak bahan kisar bersama dengan 200 ml air-kacau sentiasa  dan biar agak mendidih
guna api sederhana
2) Masukkan sesudu besar cuka untuk memberi rasa masam pada sos
3)Masukkan gula dan sedikit serbuk perasa .Pandai-pandailah seimbangkan rasa

3)Pekatkan sos pencicah dengan sesudu kecil bancuhan tepung jagung atau tepung ubi

Seksikan Ayam panggang makcik yummy yummy 






Tarikh : 3 Aug 2013,Sabtu
Lokasi : rumah sendiri
Peristiwa : Juadah berbuka puasa





Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Monday, 12 August 2013

Restoran Bumbu Desa The Curve ; Kalau rindu katakan rindu??????

 Rasa macam dah terlalu lama aku tak update blog ni.  Kasihan kerana pulut santan binasa ,kerana  emosi dan fikiran aku terganggu dalam beberapa hari ni  blog yang menjadi sebahagian dari hidup aku  ni terabai macam tu saje . Pakkal lah  yuyi dah berulang kali  tanya kenapa aku dah lama tak update blog jadi aku cuba  buang pelbagai perasaan  yang  membelenggu diri ni bagi  mencari kekuatan agar  jari  jemari ini tidak kaku untuk menari di atas papan keyboard .  Bila lama tak update blog aku buntu, tak tahu dari mana nak mula . Sebelum memulakan cerita ,sempena Aidil Fitri yang mulia ini aku dengan rendah hati  menyusun sepuluh jari memohon ampun maaf  kepada semua umat Islam yang sudi berkunjung ke blog yang tak seberapa ini.

Raya aku sama saje macam raya orang lain cuma mungkin bezanya aku beraya tanpa kedua orang tua dan adik beradik tersayang . Aku  percaya  hidup tetap ada kegembiraan dicelah kesedihan syukur kepadamu ya  Allah SWT kerana masih memberi aku peluang untuk  meraikan satu syawal bersama suami dan anak-anak tersayang..Tapi disebalik kegembiraan aku ni tersimpan seribu simpati pada mak saudaraku  yang tak berapa jauh dimata. Jauh disudut hatinya masih merindui aku, kalau tak mana mungkin dia boleh tersalah hantar sms ke no hp aku. Ekceli aku tak pernah  simpan no hpnya apatah lagi menyimpan perasaan rindu sayang padanya. Maafkan aku mak saudara , aku dah penat dengan semua ni cuma aku nak kau tahu yang aku dah kuburkan semua kenangan kita.Aku cuba belajar untuk banyak mendengar  daripada bercakap.

Aku tinggalkan  seketika kenangan yang bisa merobek hati .Petang sabtu minggu lepas yuyi bawak aku  ke Ikea untuk membeli  rak simpan barang dapur. Kebetulan masa tu dah dekat waktu berbuka puasa  jadi yuyi ajak sekali berbuka kat Bumbu Desa The Curve
Sejujurnya kami tak berapa selesa  makan dikelilingi  oleh orang ramai  tapi nak buat macam mana   dah kesuntukan masa.
jus buah, buah apa aku dah lupa almaklumlah cite lama
Bumbu desa menghidangkan masakan sunda.  
potong stim ; motip aku order ikan patin???terong bumbu desa pedas memang terbaek 
Cerianya wajah???
Gula-gula hacks happy sokmo
Wajah yang sedang menunggu untuk berbuka puasa
Wajah-wajah yang sedang menunggu untuk berbuka puasa 
Firdaus cakap dia letih jadi ubat letih aku terpaksa  letak dia  dalam troly ikea

Dibawah ni juadah hari raya  2013 aku yang tidak seberapa.
Semacam tak percaya...malam  isnin tu  aku dengan yuyi dapat menyiapkan 8 botol  tart nenas
Menu tambahan gulai ayam kampung
Menu wajib ayam masak merah
Sejak kedua orang tua aku tak de  aku dah tak pernah masak rendang  daging lembu , aku  cuma masak rendang daging kambing. 
Kuah  kacang, kalau tak silap aku dah pernah bagi resepi kuah kacang aku sebelum ni .Kuah kacang ni simple je , Aku tumis kisaran(lengkuas,serai,halia,bawang putih, bawang merah dan kunyit) hingga garing.Kemudian aku tumis udang kering kisar sampai naik bau. Bila semuanya dah naik bau aku tumis cili kisar sampai pecah minyak .Lepas tu aku masukkan tomato puri bersama dengan air . Bila kuah dah mendidih baru aku masukkan kacang tanah kisar. Akhir sekali aku masukkan gula dan garam , aku  seimbang rasa masin dan manis.


Sebelum aku berundur diri aku nak  titipkan  serangkap pantun

Kalau ada sumur diladang
Boleh aku menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi



Tarikh : 3-6 Aug 2013
Lokasi : Ikea Damansara ; Restoran Bumbu Desa The Curve
Peristiwa : Cuti Hari Raya 2013, Bulan Ramadhan 2013






Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Saturday, 3 August 2013

deco tak bertauliah ; deco bilik tidur 2 ; Deco 2013 part 1

Dalam masa tak sampai 24 jam yuyi dapat merealisasikan impian dia  untuk mendeco bilik rumah aku mengikut kreativitinya sendiri. Pada aku , hasilnya not bad  okeylah bagi  budak remaja yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia deco tak bertauliah ni.la la la la.
  Tukang deco tersenyum puas dengan hasil  kerjanya
 Cermin dapat memberi efek luas pada ruangan sempit 
 Abaikan perut adik ; siadik sedang  berebut tempat tidur dengan abang.Punyalah banyak tempat kat bahagian bawah, kat atas juge dia nak pulun.
 Tukang deco masih tidak berpuas hati  dengan susunan buku dalam almari tu
 tukang deco sedang menyusun atur buku dan barang dalam almari

 So selepas ni aku  cuba nak mendeco dapur pulak, Ya Allah rasanya dah lama aku tak make ober dapur sedihhh : (






Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Friday, 2 August 2013

Juadah bersahur ; langkah demi langkah membuat bihun goreng rencah udang kering yang simple dan mudah

Petang semalam masa  melayan Firdaus berbuka puasa aku terasa semacam kebocoran sesuatu.  Perlahan-lahan aku bangun dari kerusi sambil melihat samada kesan tompokan kebocoran kelihatan  di  situ.  Aku sama sekali tak menyangka gerak-geri aku diperhatikan oleh Firdaus .
 "mak , banyaknya nyamuk gigit vontot  mak," spontan ayat tu keluar dari mulut Firdaus.
 Kata-katanya selamba tetapi cukup membuatkan  aku terpempam .
"Siapalah bawa ajaran sesat kat anak aku ni,"soal aku kepada diri sendiri.
"Siapa yang cerita pasal nyamuk kat adik,?aku bingkas duduk 
Sejujurnya sudah terlalu lama aku menyimpan rasa  ketidakpuasan hati aku pada perempuan tersebut .Aku tak tahu nak buat macam mana bak kata pepatah ditelan mati mak diluah mati bapak tapi yang nyata kedua orang tua aku dah lama meninggal dunia. Memandangkan perempuan itu pembaca setia blog  ni   jadi tak perlulah aku sebut namanya di sini.
"perempuan  tu cakap dia kena gigit banyak nyamuk sebab tu  darah dia  kena kat merata tempat," terang firdaus bersungguh-sungguh.
"Jangan percaya cakap perempuan tu. Adik ,remaja  perempuan  yang mencapai  akil baligh akan datang haid & period  setiap bulan  kecuali perempuan  yang firdaus sebut tadi. Dia sorang je kot  kena gigit nyamuk. "Aku menahan marah & geram.
Firdaus mengangguk tanda faham. Budak sekarang cepat cerdek. Kalau rasa  malas nak melayan budak -budak  bercakap sekalipun  tak payahlah nak memperlekehkan dorang.

Arghhh pening kepala aku bila cerita pasal perempuan kaki stalk tu , baik  aku bagi korang resepi bihun goreng  juadah bersahur aku tempoh hari.

Bahan untuk membuat bihun goreng biasa (anggaran sebungkus bihun cap bintang) sukati korang nak pakai cap apa pun janji halal
1)1/2 ikat sawi -disiang dan dibersehkan
2)taugeh-50sen

1)10 tangkai cili kering-rendam dalam  air panas dna kisar
2)8 biji bawang merah-dikisar kering
3)sengenggam udang kering-direndam dan buang air kemudian dikisar kering
4)Kicap kipas udang
5)Garam , gula dan secubit serbuk  perasa    cara menyediakannya
1)Tumis bawang kisar hingga naik bau dan bertukar warna kekuningan 
2)Tumis cili kisar hingga pecah minyak
3)Tumis udang kering hingga naik bau
4)Masukkan 3 sudu besar gula dan garam secukup rasa-kacau sekejap  

5)Masukkan sawi-kacau kaup balik


6)Masukkan bihun diikuti dengan 200ml air-kacau  bihun hingga lembut 
7)Masukkan kicap secukupnya-kacau hingga semua bihun kena kicap dan bahan tumisan
8)Sebelum angkat masukkan taugeh goreng rebah bangun .
9)Masukkan secubit serbuk parasa.Pandai-pandaikanlah seimbangkan rasa
Masa menumis dan mengoreng bihun gunakanlah api sederhana dan sentiasalah dikacau

my bihun goreng udang kering
aksesori wajib : ikan bilis goreng
aksesori tambahan ; hirisan timun & telur goreng
Bihun dikelilingi  aksesori tambahan





 







Tarikh : 27 July 2013 , Sabtu
Lokasi : Rumah
Peristiwa : Juadah sahur










Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Juadah berbuka & bersahur yang mudah disediakan ; roti tuna pedas mayonis bertelur

Hari ni masuk hari ketiga anak aku bersahur  dan berbuka dengan roti tuna pedas mayonis bertelur, hazab nama roti sikit punya panjang . Entah apa yang sedap dengan roti ni  pun aku tak tahu.  Memandangkan ni kali pertama aku buat roti telur letak  tuna aku sangka  tak de yang suka .Rupanya Firdaus suka  sangat dengan roti ni kalau tidak  takkan malam tadi dia  siap pesan suruh aku buat roti macam ni lagi masa  sahur. Ekceli aku tak plan pun nak buat roti tuna pedas mayonis bertelur ni  tapi kebetulan minggu lepas  suami  bawak balik   3 tin tuna pedas mayonis ke rumah,  sebelum 3 tin tuna tadi  bertukar  menjadi tukun tiruan lebih baik aku jadikan  juadah bersahur. Budak-budak suka roti macam ni.Buatnya amat  mudah dan rasanya pun sedap.

 
bahan untuk membuat roti tuna bertelur
1)5 keping roti putih gardenia
2)dua biji telur dikacau bersama dengan sedikit kicap cair
3)Tuna pedas Mayonis ayam brand
Cara menyediakannya
1)Letakkan sedikit  tuna pedas mayonis di atas roti dan ratakan.
2)lipat dua roti dan celup dalam telur
3) Bakar atas chefal.Sesekali terbalikkan roti hingga kedua-dua bahagian agak garing .



bakar roti atas chefal
 Roti tuna pedas  mayonis  bertelur

sila fokus kepada tuna pedas mayonis ayam brand



Tarikh : 1 Aug 2013, Khamis
Lokasi : Rumah
Peristiwa : Juadah sahur




Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Tuesday, 30 July 2013

menu sahur paling simple dan mudah ; top 5 nasi goreng cina : )

Memandangkan  hari ni aku sahur bertiga  maka dah tentulah aku masak  juadah sahur yang simple je . Bila cakap pasal  lauk pauk atau juadah simple ni aku teringat pada seorang kawan ofis , Suatu hari dia tanya aku 
"akak  bawak bekal nasi lauk apa  hari ni?
Spontan aku jawab , "lauk simple je, tomyam dengan telur dadar."
"tu lauk simple akak kata,saya kalau simple tu  telur goreng je,"sambil kepala menjengah ke dalam bekas makanan aku
"oh ye ke, simple istilah akak pulak  lauk tomyam, pindang ikan , sup ayam , sardin goreng , nasi goreng,bihun atau mee goreng .Biasalah kan  ,lain padang lain belalang lain orang lain ragam ye dak?  

Bahan untuk membuat nasi goreng cina (anggaran 3 orang  makan)

1) semangkuk nasi sejuk
2)1 labu bawang holand -dihiris nipis
3)4 ulas bawang putih-dicincang 
4)Sekeping dada ayam-dihiris  kecil 
5)3 tangkai  sawi hongkong atau kobis cina-siang sayur, basuh dan tuskan
6)3 biji telur
7)minyak bijan
8)kicap cair 
9)black pepper & lada sulah  berperisa-aji shio 

Cara menyediakannya


1)Panaskan minyak(campurkan minyak dengan beberapa titis  minyak bijan)tumis hirisan bawang holand dan bawang putih cincang
2)masukkan isi ayam , kacau hingga separuh masak ketepikan ditepi kuali
3) Pecahkan telur-kacau hingga telur agak garing
4)masukkan sawi hongkong -kacau sekejap
5)Masukkan nasi sejuk-Gaul rata dan tekan nasi supaya tidak berketul-ketul
6)Masukkan  kicap cair diikuti dengan black pepper-pandai-pandailah seimbangkan rasa-kacau gunakan api kuat
7)bila nasi goreng dah mengeluarkan aroma  tutup api, angkat dan hidangkan

Kalau suka boleh layan nasi goreng cina  bersama kicap cili (Hirisan cili api plus kicap cair) 

Masa menumis guna api sederhana dan sentiasalah dikacau

Nasi goreng cina ,juadah sahur simple istilah aku 
Juadah  sampingan - chicken nugget Ramly







Tarikh : 30 July 2012,Selasa
Lokasi : rumah sendiri
Peristiwa : Juadah bersahur







Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak . 



Sunday, 28 July 2013

juadah sahur ; langkah demi langkah membuat kari ayam kampung


Petang semalam masa aku pergi   pasar tani cum pasar malam kat area rumah yuyi aku tejumpa orang jual ayam  kampung  dan ayam daging biasa , aku beli  sekali terus   dua jenis ayam. Aku  ni pantang sikit jumpa ayam kampung  mesti nak  beli. Mulanya sahur pagi tadi  aku cadang nak masak  ayam daging dulu  tapi bila otak asyik teringat ayam kampung terus aku batalkan cadangan tu. Bila teringat ayam kampung tekak ni mulalah teringin nak makan kari ayam kampung atau rendang ayam kampung .Tapi tak kan lah subuh subuh sapie nak merendang ayam  kampung nanti nampak sangat macam aku buang tabiat.Jadi aku masak jelah kari.

Bahan  untuk memasak kari ayam kampung(Anggaran seekor ayam)
1)dua biji kentang -dibelah 4
bahan tumis
2)daun kari
3)sedikit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan buah pelaga
4)7 ulas bawang merah,5 ulas bawang putih dan 1cm halia -dikisar kering
5)6 sudu besar rempah kari daging -(dibancuh dengan sedikit air)
6)Seekor ayam kampung-dibasuh berseh dan digaram kunyit
7)800 ml santan-santan dari 1/2 biji kelapa
8)Garam dan secubit serbuk perasa jika suka
9)sekeping asam keping

Cara menyediakannya
1)Panaskan minyak dan tumis bahan tumis hingga naik bau
2)Tumis bancuhan rempah kari sampai pecah minyak
3)kecutkan ayam kampung dengan rempah
4)Masukkan santan diikuti dengan kentang-Masak hingga ayam dan kentang empuk
5)Masukkan garam, asam keping dan secubit serbuk perasa.Pandai-pandailah seimbangkan rasa
kari ayam kampung




Tarikh : 28 July 2013, Ahad
Lokasi : Rumah
Peristiwa : Juadah sahur




Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Saturday, 27 July 2013

Juadah sahur dan buka puasa ; Langkah demi langkah membuat tepung pelita cara tradisional

Ye, aku mengaku yang aku peminat tegar  kuih muih tradisional  Melayu sampai ke hari ni,  lelagi  resepi dan pembuatannya  adalah resepi turun temurun. Tepung pelita adalah salah satu kuih muih tradisional feveret aku sejak zaman budak-budak lagi.Memang tidak dapat dinafikan di luar sana ramai peniaga yang bergiat cergas dalam penjualan tepung pelita bak kata yuyi "mak, ada peniaga yang hanya berniaga  tepung pelita je kat bazar Ramadhan.Takkan  tak boleh improve dari masa ke semasa,?"sambil menyuap sesudu tepung pelita air tangan aku : ) .Aku tersenyum bangga.ha ha ha.

Seboleh-bolehnya aku cuba kurangkan  membeli kuih muih dalam bulan puasa ni  ,orang kata tak banyak sikit dapat juga  mengelak dari  terus menambah dosa kering ye dak .

Oleh kerana ramai dalam rumah aku ni pengemar   tepung pelita jadi petang semalam aku mengerah tulang empat kerat sendiri membuat tepung pelita versi arwah mak .Tapi sebelum tu marilah kita beramai -ramai tengok juadah sahur kami.la la la la

Jeng jeng nasi lemak sambal terbaek lagiiiii.ce ce cepat ambik pen dan kertas salin resepi NASI LEMAK & SAMBAL TERBAEK 

ikan bilis goreng  dan hirisan timun mesti nak interframe

Sambal nasi lemak terbaek dari ladang
Nasi lemak yang gedik haruslah dilapik dengan daun pisang.
Hidangan sahur kami  semalam.Tetiba je anak aku tak mahu dirakam. "mak, ambik gambar tangan jelah".kuang ajarkan.


Jemput sahur


Okey masanya telah tiba.Setiap orang nak mengecapi tepung pelita yang sedap habis lenyap masuk ke mulut.Sila benggang........

TEPUNG PELITA(Anggaran 18-20kelongsong)

Sediakan kelonsong tepung pelita ke SINI
A-Bahan  lapisan bawah
1)250 ml Jus daun pandan(from asli  daun pandan)
2)1 cup gula pasir
3)3 tbsp tepung jagung

cara menyediakannya
1)Satukan semua bahan A
2))Kacau sebati hingga sedikit pekat dan berkilat di atas api yang sederhana
3)Angkat dan tuang ke dalam kelongsong anggaran 1/3 atau 2-3 tbsp .Biar sejuk.

Sementara tunggu bahan A sejuk, kita boleh  panaskan kukus dan  menyediakan lapisan atas.

Lapisan bawah tepung pelita

B-Bahan  lapisan atas
1)Tepung beras-1 cup
2)santan 350ml
3)garam secukup rasa

Cara menyediakannya
1)Satukan semua bahan B
2)Kacau sebati hingga sedikit pekat dan berkilat di atas api yang sederhana
3)Angkat dan tuang adunan B separuh penuh ke  dalam kelongsong
4)kukus hingga masak
Lapisan atas tepung pelita
 Lapisan bawah yang dah sejuk sedang menunggu untuk dituang lapisan atas
Tepung pelita yang sedang menunggu untuk dikukus

Tepung pelita yang dah bersedia untuk dijadikan sebagai juadah berbuka puasa
Tepung pelita versi arwah mak tercinta, lembut dingin manis dibawah dan  lembut lemak diatas.yummy selamat mencuba 



Tarikh : 26 Julai 2013, Jumaat
Lokasi : Rumah
Peristiwa : Juadah Berbuka & Bersahur










Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .