Monday, 23 June 2014

Top 5 , Tip aka petua mengekalkan kesegaran dan kemanisan udang

Ahlan wa sahlan  (أهلاً و سهلاً) ya Ramadhan



Syukran Jazillah Ya Allah atas nikmat rezeki yang kau beri...tetiba kan. Dah namanya hamba Allah kenalah  sentiasa bersyukur dengan nikmat  rezeki tak kira sebesar atau  sekecil mana yang kita dapat. Sebagai hambanya jangan sesekali mengeluh apabila  ditimpa musibah. Sebagai mak pulak ,kita jangan mudah   kecik hati ,sentap dengan anak (pak tak masuk dalam ini cerita ye).Contohnya,,,bila anak kita dah ada diploma/degree Syukur Alhamdulillah dapat pulak menjawat jawatan yang tinggi ,  double Syukur anak kita dapat pulak  bertemu jodoh dengan orang kaya ,vip ,vvip, if one day  anak kita   terlupa perut ibu yang pernah mengandungkannya  9 bulan,,, ,dia rasa bahagia dengan melupakan kita,tak kisahlah kan .Kebahagian anak kita  lebih pentingkan ,kenapa tidak kita korbankan sedikit kebahagian kita demi kebahagian anak  .Kita dah tua,hidup tak lama, tak payah nak sentap sangat pasal anak,  bersyukur sudah anak kita okey . Kegilaan apa kah itu???tak itu tak gila, itu hakikatnya, belajarlah redho dengan setiap apa yang berlaku. Sempoi kan.


Dah meraban-raban dah ni. Ekceli  nak cerita  pasal udang dan ikan merah yang suami aku bawak balik ke rumah malam tadi .Ikan merah dan udang  kawan suami bagi , bak kata pepatah, rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari.

Macam biasalah model kipas susah mati blog aku ni bersama ikan merah 
Lega , part paling annoying part buang sisik dan perut telah disetelkan oleh kawan suami

Tengok udang  besar ni ,teringat arwah ayah,  dia  rajin beli udang ni tapi tak berapa rajin nak makan ,kalau tak silap aku dulu udang ni  RM40/sekilo
 Tip aka petua mengekalkan kesegaran dan kemanisan udang dari somi
(korang pegi cakap terima kasih pada somi saya) *tangan didada mata ke atas*

1) Udang tadi hendaklah direndam  dalam bekas  berisi air biasa yang telah dicampur  dengan sedikit gula dan garam sebelum difrozenkan .

Done, udang yang siap untuk difrozenkan







Tarikh : 22 June 2014, Ahad
Lokasi : Rumahku syurgaku







Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Facebook for female

facebook makcik suka masak

My bideo

My instagram

My instagram
skodeng jangan tak skodeng

Selamat datang