Juadah berbuka petang semalam simple je,drumet & kepak goreng cili,, bak choy goreng bawang putih dan tempoyak goreng cili dengan ikan bilis
Feveret aku, tempoyak goreng cili dengan ikan bilis. Tempoyak macam gini ,tak boleh selalu masak, bahaya ,lauk ni buat selera makan bertambah. Nak masak tempoyak cara aku ni senang je, Panaskan sedikit minyak,tumis bawang merah & bawang putih kisar hingga naik bau. Setelah bahan tumis naik bau,masukkan cili api kisar(saper suka pedas boleh lebihkan cili api kisar) dan ikan bilis.Tumis kedua bahan hingga garing .Setelah garing masukkan tempoyak , kacau hingga semuanya bergaul dan sebati. Guna api kecik semasa mengacau.Perasakan dengan garam dan gula sebelum angkat
Resepi drumet & kepak tengah bersalut istimewa goreng cili
Bahan -bahan
1)10 ketul drumet & kepak tengah bersalut istimewa jenama Ayamas.
2)8 tangkai cili api merah [dikisar kering]
3)4 ulas bawang merah & 3 ulas bawang putih [dikisar kering]
4)3 sudu besar sos cili
5)2 sudu besar sos tiram
6)2 sudu besar sos tomato
7)1/2 sudu besar gula
8) 1 biji bawang[hiris bulat]
9) air secukupnya
Cara menyediakannya
1)Goreng drumet & kepak tengah bersalut istimewa hingga garing.Ketepikan
2)Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang kisar hingga garing
3)Masukkan cili api kisar, tumis hingga pecah minyak
4)Masukkan sos cili ,sos tomato ,sos tiram diikuti gula dan sedikit air. Kacau sekata.
5)Masukkan drumet & kepak goreng diikuti dengan hirisan bawang besar .Kacau sekejap dan tutupkan api. Angkat dan sedia dihidang
bak choy goreng bawang putih sayur feveret
Tarikh : 18 July 2014, Khamis
Lokasi : Rumahku Syurgaku
Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .