Showing posts with label kuih muih. Show all posts
Showing posts with label kuih muih. Show all posts

Monday, 5 January 2015

Marathon ; kuih bakar kemboja & kek gula hangus

Salam Isnin,


Mati kutu cik senah tak tahu nak masak apa  semenjak peti ais di rumah  rosak. Nak beli peti ais baru nanti suami cum pomen cakap cik senah tak tahu sabau tunggu spare part peti ais tu sampai bla bla bla bla. Diam tak diam dah nak sebulan cik senah sabau.Kang kalau cik senah  tanya pomen  bila spare part peti ais  sampai for surelah dia marah cik senah  kaw kaw. Dia dah explain panjang2 pasal spare part peti ais tu susah dapat sebab model lama. Okey fine, cik senah setia menunggu .

Semenjak peti ais   rosak  ,aktiviti memasak cik senah agak terbatas . Buat masa sekarang ni senah lebih fokus kepada aktiviti membaking. Cik senah merajuk dengan dapur .Tu yang  lepas geram pada oven. Jangan tak  percaya ye ,hari ahad lepas cik senah bakar sampai 2, kek gula hangus & kuih bakar kemboja.


Resepi Kek Gula Hangus

Sumber : Zalin Zalina - 1 loyang lubang tengah(Aku tak de loyang lubang tengah aku guna loyang besa je)Aku buat dua adunan
Bahan-bahan
200gm gula
200ml air
20gm margerin
20gm tepung gandum
2sudu kecik bikabonat
1 cawan susu pekat
4 biji telur
Cara-caranya :-
1. Gula dihanguskan. Bila semua dah cair, kecikkan api, baru dimasukkan air
2.Air dah sebati dengan gula, baru masukkan margerin. 
3. Sejukkan air gula hangus.
4.Ayak tepung gandum dan bikarbonat kemudian tepung gandum tadi  digaulkan  menggunakan whisk di dalam sebuah bekas. 
5.Blend telur lebih kurang 2 minit...(kalau kaler dah putih tu maknanya ok la tu..)
6.Masukkan susu pekat. Blend lagi.
7.Masukkan telur dan susu pekat yang dah blend tu dalam bekas berisi tepung, pastu masukkan air gula hangus, kemudian kacau guna whisk.
8. Blend semua adunan.
9. Lenserkan margerin pada loyang. Tuangkan adunan yang dah diblend. Bakar selama 45 minit pada suhu 180 darjah celcius 

 



Resepi kuih  Bakar  Kemboja

Sumber : Shazwani Adnan
Olahan : cik senah , hehehe
Bahan-bahan
1 cawan gula
1 cawan jus pandan
400ml santan kara(2 kotak) + 50ml air
4 biji telur
2 tbsp butter dicairkan
1/2 tsp garam
pewarna hijau
bijan -untuk ditabur
Cara-caranya
1)Campurkan ke  semua bahan ke dalam mesin pengisar
2)Kisar hingga sebati dan tepung tidak berbintil/berbiji
3)Masukkan ke dalam bekas yang disapu minyak.Tabur bijan(cik senah takde acuan kuih bakar jadi guna loyang lubang tengah jelah)
4) Bakar selama 30-40 minit pada suhu 180 celcius sampai garing dipermukaannya


.Kalau nak dapatkan  kuih bakar kemboja yang lebih   garing dan sedap  , bakarlah   guna acuan kuih bakar tembaga

 
Tak cukup  garing ,kalau bakar garing sikit  sedap  ni.  Bijan tu , kalau boleh lebihkan  sikit. Bijan cik senah  yang ado









Sekian saje perkongsian untuk hari ni.Kalau ada masa nanti cik senah update lagi. Akhir kata majulah sukan untuk negara.












Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Monday, 3 November 2014

cucur udang kering lembut dan sedap, nak buatnya pun mudah


Salam Isnin,

Cak!!!! tengah buat apa tu???cik senah tengah bizi mengemop lantai  tapi masih sempat nak update aktiviti memasak cik senah  semalam. Hari minggu, biasalah banyak masak sikit nak memasak .Ambok cik senah banyaknya  masa kau  memasak  bila  masuk bab  mengemas  terus takde  masa ye. Hehehe, I hate kemas mengemas. Okeylah, straight to the point , pagi minggu tu cik senah buat brekpes nasi lemak .Cik senah kalau buat brekpes nasi lemak memang akan buat untuk makan   sampai malam  .Tapi oleh kerana  cik senah  baik hati malam tu cik senah  masak jugak maggi goreng untuk juadah makan  malam .Petangnya cik senah buat cucur udang kering .Memang layan makan sambil nonton filem Tamil TV2

Resepi sambal nasi lemak kat [SINI] ,resepi nasi lemak kat [SINI]
RESEPI CUCUR UDANG KERING
Bahan-bahan)
1)300gm tepung gandum
2)1  biji bawang holand sederhana besar[dihiris nipis]
3)Udang kering  sengenggam[dicuci berseh dan ditoskan]
4)Air secukupnya untuk membancuh tepung gandum
5)1/2 sudu kecil baking powder
6)Segenggam taugeh[dicuci berseh dan ditoskan]
7)5 tangkai kucai[dicuci berseh dan dipotong 1 cm]
8)Sebiji telur
9)Garam dan serbuk perasa secukupnya
10)Minyak masak secukupnya untuk mengoreng

 Bancuhan jangan terlalu lembik ,agak2 boleh dijemput
Cara menyediakannya
1)Satukan tepung gandum,garam,baking powder dan serbuk perasa dalam satu bekas.Kacau sekata
2)Masukkan hirisan  bawang besar ,telur,  udang kering ,taugeh dan daun kucai. Bancuh jemput-jemput dengan air suam pastikan air jangan banyak ,bancuh sampai bancuhan tu kita boleh jemput dengan jari.
3)Goreng jemput -jemput dalam minyak panas hingga garing
Cucur udang kering , abaikan tapis kelapa besi yang dah herot berot  peninggalan arwah mak aku tu, nak buang sayang
Cucur udang kering sedap dimakan bersama sos cili atau jika suka boleh   dimakan bersama kuah kacang .
Cucur udang kering pekena dengan nescafe panas  perghhh  hantu lalu lalang depan  kita  pun tak nampak































Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Monday, 29 September 2014

resepi Apam tepung beras @ nasi, sedap lagi gebus

Salam Isnin,

Sepatutnya  3 hari lepas aku dah  publish entry  aku yang ni..tapi tak tahu kenapa aku rasa macam dah tak reti nak menaip ,aku taip, aku tekan backspace berulang kali. Tak boleh jadi ,hari aku kena publishkan jugak entry ni  sebelum  entry yang dah lama terperam dalam draft   semakin hari semakin bertambah. Entry yang aku nak update ni ,  tak menda sangat pun cuma cerita pasal aku buat apam tepung beras minggu lepas  Takpe lah kan janji ado.yang penting bukan cerita dalam kain.

Jika suka, boleh bahagikan  adunan apam kepada dua bahagian  untuk diwarnakan
RESEPI APAM TEPUNG BERAS AKA NASI
Bahan-bahannya
1 cawan nasi sejuk
1 1/2 cawan air
1 tsp yis mauripan
1 1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir(kalau nak tak nak manis sangat, kurangkan gula sedikit je. Apam ni kalau tawar sangat pun tak sedap.
Cara-cara
1)Dalam satu bekas lain satukan  tepung beras , tepung gandum dan yis.*
2)Kisar nasi ngan 1 1/2 cawan air  sehingga  hancur. Setelah hancur, masuk gula dan kisar hingga sebati
3)Selepas itu kisar bersama bahan bertanda bintang hingga halus
4)Perap dalam bekas kedap udara selama 4 atau 5 jam.
5)Panaskan pengukus dan balut tutupnya dengan kain.Tuangkan adunan perapan dalam acuan. Kukus selama 15 hingga 20 minit dalam api yang besar.

Jika suka, boleh taburkan eno kaler biru dalam adunan perapan, kacau kemudian biarkan sekejap.


Aku guna acuan kuih lompang. Sapukan sedikit minyak pada acuan kuih lompang sebelum bancuhan apam dituang.
Apam Nasi Aka Apam tepung beras


Apam ni sedap dimakan ngan kelapa parut yang digaul ngan garam,tapi sebelum tu kelapa parut  hendaklah dikukus dulu sekejap.















Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Wednesday, 2 July 2014

Resepi Seri Muka Durian,langkah demi langkah ; Juadah berbuka puasa

Durian dah ada, ko tak reti reti lagi nak buatkan seri muka durian kegemaran suami ko.Aku  memperingatkan diri sendiri. Sempena bulan ramadhan ,bulan baik, hari baik tunaikan permintaan suami  kan mengejar pahala juga.(bulan ramadhan je ye ,larikkk)*tangan dibahu mata ke atas*


RESEPI SERI MUKA DURIAN[resepinya aku ambik dari majalah Rasa 2013]
Bahan-bahan
1)Isi durian[lebih kurang 500gm isi durian]

2)Pulut kukus secukupnya
3)200gm tepung gandum
4)150gm gula pasir
5)650ml santan
6)2 biji telur
7)1 tsp perwarna kuning
8)1 helai daun pandan
Cara menyediakan
1)Kisar isi durian  bersama 200ml santan dan kemudian tapis.Tuang ke dalam periuk dan didihkan.
2)Kemudian masukkan santan, daun pandan, gula, telur dan tepung gandum.Kacau sebati
3)Seterusnya masukkan pewarna kuning dan dikacau rata sehingga kuah menjadi pekat.Keluarkan daun pandan.
 4)Tuangkan kuah durian diatas loyang berisi pulut kukus tadi

5)Akhir sekali, kukus selama 40 minit.Sejukkan sebelum dipotong.Sedia dihidangkan
Done, seri muka durian

Feveret suami forever








Tarikh : 29 July 204, Ahad
Lokasi : Rumahku syurgaku









Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Saturday, 27 July 2013

Juadah sahur dan buka puasa ; Langkah demi langkah membuat tepung pelita cara tradisional

Ye, aku mengaku yang aku peminat tegar  kuih muih tradisional  Melayu sampai ke hari ni,  lelagi  resepi dan pembuatannya  adalah resepi turun temurun. Tepung pelita adalah salah satu kuih muih tradisional feveret aku sejak zaman budak-budak lagi.Memang tidak dapat dinafikan di luar sana ramai peniaga yang bergiat cergas dalam penjualan tepung pelita bak kata yuyi "mak, ada peniaga yang hanya berniaga  tepung pelita je kat bazar Ramadhan.Takkan  tak boleh improve dari masa ke semasa,?"sambil menyuap sesudu tepung pelita air tangan aku : ) .Aku tersenyum bangga.ha ha ha.

Seboleh-bolehnya aku cuba kurangkan  membeli kuih muih dalam bulan puasa ni  ,orang kata tak banyak sikit dapat juga  mengelak dari  terus menambah dosa kering ye dak .

Oleh kerana ramai dalam rumah aku ni pengemar   tepung pelita jadi petang semalam aku mengerah tulang empat kerat sendiri membuat tepung pelita versi arwah mak .Tapi sebelum tu marilah kita beramai -ramai tengok juadah sahur kami.la la la la

Jeng jeng nasi lemak sambal terbaek lagiiiii.ce ce cepat ambik pen dan kertas salin resepi NASI LEMAK & SAMBAL TERBAEK 

ikan bilis goreng  dan hirisan timun mesti nak interframe

Sambal nasi lemak terbaek dari ladang
Nasi lemak yang gedik haruslah dilapik dengan daun pisang.
Hidangan sahur kami  semalam.Tetiba je anak aku tak mahu dirakam. "mak, ambik gambar tangan jelah".kuang ajarkan.


Jemput sahur


Okey masanya telah tiba.Setiap orang nak mengecapi tepung pelita yang sedap habis lenyap masuk ke mulut.Sila benggang........

TEPUNG PELITA(Anggaran 18-20kelongsong)

Sediakan kelonsong tepung pelita ke SINI
A-Bahan  lapisan bawah
1)250 ml Jus daun pandan(from asli  daun pandan)
2)1 cup gula pasir
3)3 tbsp tepung jagung

cara menyediakannya
1)Satukan semua bahan A
2))Kacau sebati hingga sedikit pekat dan berkilat di atas api yang sederhana
3)Angkat dan tuang ke dalam kelongsong anggaran 1/3 atau 2-3 tbsp .Biar sejuk.

Sementara tunggu bahan A sejuk, kita boleh  panaskan kukus dan  menyediakan lapisan atas.

Lapisan bawah tepung pelita

B-Bahan  lapisan atas
1)Tepung beras-1 cup
2)santan 350ml
3)garam secukup rasa

Cara menyediakannya
1)Satukan semua bahan B
2)Kacau sebati hingga sedikit pekat dan berkilat di atas api yang sederhana
3)Angkat dan tuang adunan B separuh penuh ke  dalam kelongsong
4)kukus hingga masak
Lapisan atas tepung pelita
 Lapisan bawah yang dah sejuk sedang menunggu untuk dituang lapisan atas
Tepung pelita yang sedang menunggu untuk dikukus

Tepung pelita yang dah bersedia untuk dijadikan sebagai juadah berbuka puasa
Tepung pelita versi arwah mak tercinta, lembut dingin manis dibawah dan  lembut lemak diatas.yummy selamat mencuba 



Tarikh : 26 Julai 2013, Jumaat
Lokasi : Rumah
Peristiwa : Juadah Berbuka & Bersahur










Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Sunday, 6 January 2013

kuih abuk-abuk sagu biji versi tak cukup gegirl

Semenjak   ratu kebaya  rajin  membelikan   kuih abuk-abuk untuk rakan ofis dan semenjak itulah keinginan aku untuk membuat kuih abuk -abuk  dengan air tangan sendiri  semakin  meruap-ruap. Walaupun aku suka kuih ni , rasanya seumur hidup sekali je aku pernah buat. Tapi oleh kerana zaman sekarang ni  semakin  susah kita nak mencari orang yang menjual kuih kampung semacam ni maka aku terpaksalah  merajinkan diri untuk membuatnya sendiri . Nak buatnya tak delah renyah sangat cuma kita perlu ada kesabaran dan sifat kegegirlan yang tinggi.

Oleh kerana semangat nak membuat kuih abuk-abuk  semakin merupa-ruap jadi seawal pagi lagi aku  dah merayap ke rumah jiran untuk mengambil  daun pisang. Nasib baiklah  jiran-jiran  taman perumahan tempat aku tinggal ni rajin bercucuk tanam kalau tidak jangan haraplah nak jumpa daun pisang di awal-awal pagi begini. Berdasarkan  dari congakan aku yang tak bertauliah hampir 80% rumah dikawasan taman ni  ada menanam pelbagai tanaman dapur seperti  pokok pisang , limau purut,  serai , kunyit ,daun pandan dan lain-lain.

Berbalik pada tajuk cerita ; pertama sekali sebelum kita hendak membuat kuih abuk-abuk kita kena la sediakan dulu daun pisang yang telah siap dilayur.ni bagi mengelakkan daun pisang mudah koyak.
Cara membungkus kuih abuk-abuk bergantung kepada kreativiti korang.Oleh kerana tangan aku ni  tak cukup gegirl maka aku terpaksalah  membungkus kuih abuk abuk seperti membungkus   kuih koci.(Aiman tak kisah janji kuih abuk -abuk aiman sedap)
 Simpang perenangkan: {
1)Entah berapa gram sagu biji ni pun aku tak tahu. Aku main rembat je dari esbok.Dari tilikan aku  beratnya dalam anggaran 200 grams. Basuh  sagu biji tadi dan letakkan di dalam tapis.
 
2)kelapa parut  (putih sahaja)dari sebiji kelapa digaul  dengan sedikit garam
Ikut citarasa masing-masing samada nak mengunakan gula merah atau gula melaka.Gula melaka dipecah-pecahkan .

cara-cara membuatnya

1)Gaul hingga sekata bahan 1 dan  2 
2)ambil daun pisang , letakkan sesudu besar sagu (sagu yang dah digaul kelapa dan sedikit garam) 
3)Letakkan  4 ketulan kecil gula melaka
4)Tutup  gula melaka tadi dengan 1/2 sudu besar sagu kemudian balut bungkusan kuih abuk-abuk seperti membalut bungkusan kuih koci  
5)Kukus sehingga masak selama 15 minit - 20 minit
 
ni kuih abuk-abuk yang masih di dalam proses dikukus.he he  he sekali pandang macam kuih koci , dua kali pandang macam nasi lemak.Nampak sangat aku  kerastangan. Di pertengahan proses  mengukus baru aku  teringat yang penutup kukus aku  tak alas dengan kain tuala. Apa lagi Gigih aku ambik kain tuala  untuk alas penutup kukus. Macam tu pun bolehkan?
Walaupun wajah mu tak melambangkan kuih abuk-abuk sagu yang dibuat oleh tukang buat kuih profesional tak pe......... janji rasamu sedap .
Pada rakan ku sekelian ,Jangan khuatir , kuih abuk-abuk ni tak berapa manis .


Sekian saje cerita aku dan kuih feveret

Dari pengemar kuih tradisional melayu





Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .