Friday 11 July 2014

koleksi juadah bersahur kegemaran keluarga.resepi maggi goreng,langkah demi langkah

Demi org preggy gigih sesudah subuh aku update resepi maggi goreng yang semenjak dua menjak ni menjadi menu feveret keluarga aku semasa bersahur.Saper di luar sana yang dah buntu mencari menu sahur bolehlah mencuba resepi maggi goreng ni.Seriously sedap dan mudah sangat menyediakannya.Masa sahur asyik makan nasi ,kekadang jemu jugak ye dak.Sekali sekala tekak kita ni nak  jugak beralih ke benda lain . Okeylah,cukup sampai di sini je,tengah posa tak boleh taip panjang panjang nanti tekak kering.Kah kah kah taip guna jari apa kaitannya dengan tekak pulak.

Sudi sudikanlah ye bersahur dengan maggi goreng lepas ni....

Maggi goreng perencah kari ORI mudah disediakan dan enak dijadikan juadah bersahur.

Maggi yang telah siap dicelur dan dicampur bahan perisa yg dilampirkan bersama  setiap bungkusan maggi goreng perencah kari ORI
Nampak tak disitu betapa garingnya tumisan bawang dan ikin bilis ku


RESEPI MAGGI GORENG
Bahan-bahan
1)3 bungkus maggi goreng perencah karI ORI[celur sampai lembut  dalam air panas mendidih. Curahkan air sejuk dari  peti ais ke atas maggi sejurus  selepas dituskan, kemudian gaulkan dengan sedikit minyak bijan dan bahan perisa yang disediakan.Ketepikan.
2)5 tangkai sawi hongkong [siang dan cuci berseh kemudian tuskan]
3)2 tangkai daun bawang[dipotong 1/2 cm]
4)3 ulas bawang putih & 3 ulas bawang merah [dihiris & dicincang]
5)3 biji telur
6)sedikit  ikan bilis [icuci berseh]
Cara menyediakannya ;
1)Panaskan dua sudu besar minyak masak plus 1 sudu kecil minyak bijan dan tumis ikan bilis dan bawang hingga naik bau dan agak garing
2)Masukkan sawi ,kacau sekejap.Ketepikan ditepi kuali
3)Pecahkan telur dan kacau telur hingga hancur dan agak garing
4)Masukkan maggi ,kacau sekata
5)Tutup api dan angkat.Tabur hirisan daun bawang atas maggi goreng.

Maggi goreng yang sedia untuk disuap ke mulut
Saper yang suka boleh makan dengan kicap cili[hirisan cili api bersama kicap cair]


Adik pesan, jangan lupa ambik kurma semasa sahur untuk mendapat tenaga sepanjang kita berpuasa.














Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Pengikut Tegar : )