Showing posts with label roti Gardenia. Show all posts
Showing posts with label roti Gardenia. Show all posts

Friday, 2 August 2013

Juadah berbuka & bersahur yang mudah disediakan ; roti tuna pedas mayonis bertelur

Hari ni masuk hari ketiga anak aku bersahur  dan berbuka dengan roti tuna pedas mayonis bertelur, hazab nama roti sikit punya panjang . Entah apa yang sedap dengan roti ni  pun aku tak tahu.  Memandangkan ni kali pertama aku buat roti telur letak  tuna aku sangka  tak de yang suka .Rupanya Firdaus suka  sangat dengan roti ni kalau tidak  takkan malam tadi dia  siap pesan suruh aku buat roti macam ni lagi masa  sahur. Ekceli aku tak plan pun nak buat roti tuna pedas mayonis bertelur ni  tapi kebetulan minggu lepas  suami  bawak balik   3 tin tuna pedas mayonis ke rumah,  sebelum 3 tin tuna tadi  bertukar  menjadi tukun tiruan lebih baik aku jadikan  juadah bersahur. Budak-budak suka roti macam ni.Buatnya amat  mudah dan rasanya pun sedap.

 
bahan untuk membuat roti tuna bertelur
1)5 keping roti putih gardenia
2)dua biji telur dikacau bersama dengan sedikit kicap cair
3)Tuna pedas Mayonis ayam brand
Cara menyediakannya
1)Letakkan sedikit  tuna pedas mayonis di atas roti dan ratakan.
2)lipat dua roti dan celup dalam telur
3) Bakar atas chefal.Sesekali terbalikkan roti hingga kedua-dua bahagian agak garing .



bakar roti atas chefal
 Roti tuna pedas  mayonis  bertelur

sila fokus kepada tuna pedas mayonis ayam brand



Tarikh : 1 Aug 2013, Khamis
Lokasi : Rumah
Peristiwa : Juadah sahur




Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Friday, 3 May 2013

Top 5 easy breakfast recipes; Aneka resepi dari roti Gardenia

Sungguhpun  dekat Malaysia ni terdapat pelbagai jenis jenama roti  namun roti Gardenia dengan roti Massimo tetap dihati.Terutama roti Massimo dengan wheat germ dan roti sandwich Gardenia. Aku memang simpan kedua jenis roti tersebut kat rumah, bukan apa. Nanti bila  mood kerajinan sampai bolehlah aku buat  sarapan gunakan roti sebagai bahan utama.tak gitu kak ton??comel tak kak ton??????


Bahan untuk membuat 4 keping roti telur  frankfurter ayam bercheese
1) dua lapis cheedar cheese spreed-dihiris memanjang
2)3 biji telur ayam
3)2 batang frankfurter ayam Ramly -dihiris nipis secara menyerong
4)4 keping Roti Gardenia Bran and Wheat Germ
5)1/2 labu bawang  besar-dihiris nipis
6)50ml fresh milk
Bancuh telur bersama hirisan  bawang besar,  sedikit garam, fresh milk dan sedikit mixed herb .Kacau hingga sebati
1)Panaskan chefal, lengserkan permukaannya dengan sedikit butter
2)Celup roti dalam bancuhan telur, pastikan rata, jangan celup lama sangat.
3)Letak roti tadi di atas permukaan chefal  yang telah dilengserkan dengan butter-guna api sederhana
4)Susun hirisan frankfurter ayam Ramly mengikut kreativiti kengkawan kemudian susun cheese diatasnya

5)Bila bahagian bawah dah  garing, perlahan-lahan terbalikan roti tadi
Pandai-pandailah pantau roti kita supaya tak hangit
Roti frankfurter ayam bercheeseku yang dah terlebih garing
 Pagi tu, frankfurter ayam pun aku grill jugak
Juadah breakfast kami(Frankfurter ayam grill,telur dadar(dari lebihan bancuhan telur) dan roti telur frankfurter ayam bercheese*nalar punya nama roti*
Sibusyuk masam aku ni makan frankfurter ayam dengan telur je
Semangat tu nak pergi sekeolah


Tarikh : 27 April 2013, Sabtu
Lokasi : rumah sendiri
Peristiwa : Breakfast



Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Friday, 21 December 2012

makcik Rosie sentiasa di hatiku ; I love u sampai mati

Aku sebatang kara di dunia ni.  Masa mula-mula dulu menjadi sebatang kara memanglah sedih tapi nasib baiklah suami, anak-anak  dan blog sentiasa berada di sisi aku menjadi  peneman di kala suka dan duka .  Lagi lagilah sekarang ni  10 kali ganda aku gembira cer teka cer teka kenapa?Makcik Rosie punca bagi semua kegembiraan ni.3 hari lepas kami dipertemukan secara tidak sengaja di sebuah kedai berhampiran dengan rumah aku.Seriously  aku sangat gembira dengan pertemuan ini.
Percubaan yang  tak menjadi
 Nampak di situ betapa gembiranya wajah Firdaus dapat menyuap roti yang disapu butter  dan kaya makcik rosie

Makcik Rosie you are the best -manis yang sedang-sedang saje  serta lemak berkrim tu yang membuat  aku tertawan kepada mu : ) *jangan sepak aku sampai london*


Sekian saje serba sedikit tentang makcik rosie kesayangan ku..


Dari makcik yang tak  pernah lupa menglike facebook Fasha Sandha 







Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .