Tuesday, 8 July 2014

Juadah kegemaran keluarga KAMI semasa bersahur & berbuka : juadah bersahur & berbuka mudah dan sedap semestinya mengunakan produk maggi

Salam Ramadhan.....

Lain padang lain belalang lain orang lain lah ragamnya, tetiba aku  pelik  dengan sikap manusia yang entah apa apa ni. Tempoyak je kot,alamak dik ko nak seriusss sangat kenapa?. Bukan aku atau suami aku  nak buat bisness tempoyak pun , aku cuma nak  makan tempoyak style arwah ayah aku je kot.  Tempoyak  tadi satu jenis manusia ntah apa apa ntah ,, nak muntah terbelalak baca komen dia. haishhhh   ada  lagi satu jenis manusia  ni ,  aku tak nak dikategorikan dalam jenis manusia yang bagaimana. Jenis dia ni tak nak membantu tapi sibuk nak ambik tahu seolah -olah cam ambik berat cam dia sangat caring .Paling tak tahan dan buat aku geram, dia pandai berlakon  tak tahu apa apa  dan aku  tak tahu pun yang selama ni dia berlakon tak tahu apa apa . Sinyalam lah  dia bak kata abang long  fadhil. Fed up ahhhhh pakkal nak keja lama kat sini, kalau tak dah lama aku belasah dia. Lama sangat aku sabau dengan perangai dia.Tulah,ada ketikanya  sebagai manusia biasa kita tak dapat membendung perasaan sedih bila diperlakukan seperti budak kecil tapi kita tak mampu buat apa apa ,kita terpaksa berkorban hati demi keamanan negara yang kita cinta  walaupun sakitnya hati ni  hanya tuhan je tahu. Korang perasan tak  , kalau kita tengah bengang dengan sesorang tetiba kita jadi rajin semacam.

Sos cili Maggi, sos tomato Maggi, sos tiram Maggi


RESEPI IKAN BAWAL GORENG CILI


Resepi ikan bawal goreng cili
Bahan -bahan
1)seekor ikan bawal  sederhana
2)8 tangkai cili api merah [dikisar kering]
3)4 ulas bawang merah & 3 ulas bawang putih [dikisar kering]
4)3 sudu besar sos cili
5)2 sudu besar sos tiram
6)2 sudu besar sos tomato
7)1/2 sudu besar gula
8) 1 biji bawang[hiris bulat]
9) air secukupnya
Cara menyediakannya
1)Ikan dibersehkan ,kemudian digaram kunyit dan digoreng garing.Ketepikan
2)Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang kisar hingga garing
3)Masukkan cili api kisar, tumis hingga pecah minyak
4)Masukkan sos cili ,sos tomato ,sos tiram diikuti gula dan sedikit air. Kacau sekata.
5)Masukkan bawang besar .Kacau sekejap dan tutupkan api.Angkat dan tuang kuah sos ke atas ikan bawal goreng.Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidang.


Ikan merah goreng cili, resepi sama seperti di atas.























Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .