Showing posts with label Ayamas. Show all posts
Showing posts with label Ayamas. Show all posts

Friday, 18 July 2014

Drumet & kepak tengah bersalut istimewa , jenama ayamas terbaek ; koleksi juadah kegemaran keluarga,

Ramadhan kali ni tak seperti  Ramadhan aku yang dulu..ceh wah. Dulu aku jarang  masak juadah untuk berbuka, banyak beli  kat pasar ramadhan,kalau  masak pun juadah untuk sahur je. Entah kenapa ramadhan  kali ni aku terlebih rajin nak masak sendiri juadah berbuka dan bersahur, kalau boleh kuih muih pencuci mulut semua aku  nak buat sendiri.Pakkal  tak larat. Tipulah kan  kalau aku cakap tak  jejak pasar ramadhan langsung .Sesekali ada  jugak aku rasa penat,malas nak masak . Tapi mungkin dalam sekali dua, okeylah kan.


Juadah berbuka petang semalam simple je,drumet & kepak goreng cili,, bak choy goreng bawang putih dan tempoyak goreng cili dengan ikan bilis

Feveret aku,  tempoyak goreng cili dengan ikan bilis. Tempoyak macam gini ,tak boleh  selalu masak, bahaya ,lauk ni buat selera makan bertambah. Nak masak  tempoyak cara aku ni  senang je, Panaskan sedikit minyak,tumis bawang merah & bawang putih kisar hingga naik bau. Setelah bahan tumis naik bau,masukkan cili api kisar(saper suka pedas boleh lebihkan cili api kisar) dan ikan bilis.Tumis kedua bahan  hingga garing .Setelah garing  masukkan tempoyak , kacau hingga semuanya bergaul dan sebati. Guna api kecik semasa mengacau.Perasakan dengan garam dan gula sebelum angkat
Resepi drumet & kepak tengah bersalut istimewa goreng cili
Bahan -bahan
1)10 ketul drumet & kepak tengah bersalut istimewa jenama  Ayamas.
2)8 tangkai cili api merah [dikisar kering]
3)4 ulas bawang merah & 3 ulas bawang putih [dikisar kering]
4)3 sudu besar sos cili
5)2 sudu besar sos tiram
6)2 sudu besar sos tomato
7)1/2 sudu besar gula
8) 1 biji bawang[hiris bulat]
9) air secukupnya
Cara menyediakannya
1)Goreng drumet & kepak tengah bersalut istimewa hingga garing.Ketepikan
2)Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang kisar hingga garing
3)Masukkan cili api kisar, tumis hingga pecah minyak
4)Masukkan sos cili ,sos tomato ,sos tiram diikuti gula dan sedikit air. Kacau sekata.
5)Masukkan drumet & kepak goreng diikuti dengan hirisan bawang besar .Kacau sekejap dan tutupkan api. Angkat dan sedia dihidang
 bak choy goreng bawang putih sayur  feveret










Tarikh : 18 July 2014, Khamis
Lokasi : Rumahku Syurgaku







Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Thursday, 4 April 2013

Roti frankfurter ayam cheese- breakfast simple dan mudah

Khamis dan Jumaat lepas aku saje  ambik cuti tahun . Cuti dua hari  plus cuti hujung minggu sabtu dan Ahad  terasa sekejap je , sekarang ni masa cepat sangat bergerak. Tapi  yang geram tu ..semasa bekerja aku seolah-olah terasa masa lambat bergerak.Nasib baiklah masa cuti tu aku ngan anak-anak sempat bawak sibongsu  manja masam Firdaus sorang tu jalan-jalan kat Kay ELL, jadi tak delah sia-sia aku ambik cuti.


Berbalik pada tajuk entry; jom kita buat roti frankfurter ayam bercheese

 Roti Massimo germa gandum dan Frankfurter ayam cheese  Ayamas
Bahan-bahan untuk membuat lebih kurang  5-10 keping roti  Massimo germa gandum
1)Roti Massimo
1)5 biji telur
2)sedikit mixed herb
3)sedikit garam
4)satu labu bawang besar-dihris nipis
5)3-5 batang frankfuter ayam cheese-dihiris sederhana nipis
 Cara menyediakannya
1)5 biji telur dikacau bersama dengan sedikit garam, mixed herb dan hirisan bawang besar
2)Panaskan chefal  dan masukkan sedikit butter
4)Celupkan roti ke dalam bancuhan telur tadi dan susunkan hirisan frankfurter cheese ayam di atas dan di bawah roti
5)Letak roti tadi atas chefal.Terbalikkan roti supaya bancuhan telur  dan hirisan frankfurter ayam cheese masak  sekata.
6)Terbalik-balikkan roti tu sehingga masak

Gunakan api sederhanan
Lagi garing lagi sedap: ) sedap dimakan begitu saje dengan sos cili
Kalau suka boleh potong 4




Tarikh :28 March 2013 
Lokasi : Rumah sendiri
Peristiwa : quick easy  breakfast




Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Wednesday, 27 March 2013

Hari ini dan semalam hari Ayamas


Malam tadi, masa tengah makan ayam black pepper dengan Firdaus, dia tanya aku

Firdaus : esok, mak cuti keja ke?

Aku : kenapa Firdaus tanya?

Firdaus : Saje...

Aku : Firdaus suka mak tak keja ke?

Firdaus : suka ....firdaus rindu...........

Aku : apa rindu........."OMG dah lama tak dengar perkataan tu," bisik makcik tempe dalam hati.

Firdaus : ye...rindu

Aku  : Firdaus tahu apa maksud  rindu tu?

Firdaus : diammmmm..........sengih sengih

Aku syak dia terlebih tengok filem ombak rindu..........


Juadah malam tadi
Makcik tempe terlebih rajin
 Suami aku pengemar tegar ayam black pepper ayamas

Kenangan bersamamu Ayamas, umpama mimpi dalam mimpi.Dan tetiba aku teringat sesuatu ....hampir setiap hari  kena buang  tangkai 7 basket cili merah.
muka terpaksa



Tarikh : 26 March 2013, malam
Lokasi : rumah sendiri



*************

Pagi ni suami dengan Firdaus breakfast , roti telur bersama  frankfurter ayam cheese ayamas panggang.Aku dengan kawan  breakfast  kat kampung , aku makan nasi lemak sambal sotong dan teh tarik
 
Aku suka frankfurter ayam cheese ayamas sebab tak berapa masin : )

roti telur bersama  frankfurter ayam cheese ayamas panggang






Tarikh : 27 March 2013, pagi
Lokasi : rumah sendiri






Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Friday, 30 November 2012

Musim mengepaw kaw kaw datang lagi...............


Musim Tora datang lagi dah lama berlalu sekarang ni musim mengepaw pulak tiba . Paw jangan tak paw almaklumlah tak lama lagi sessi persekolahan 2013 akan bermula Jadi nak dipendekkan cerita korang ingat  tak hari tu aku ada bagitau sini  yang aku ada ke Ayamas  beli ayam panggang madu untuk suami.okey , sementara menunggu pekerja ayamas menyiapkan pesanan untuk , aku sempatlah  jugak  aku beli sebuku roti massimo,sebuku butter dan air kotak laici untuk Firdaus  kat  situ.Haish tak sangka dimasa aku sedang sibuk mencari barang tadi, yang cantiknya pada  masa yang sama Firdaus sibuk membelek peralatan sekolah Boboi boy  yang dipamerkan  dirak sebelah kaunter pembayaran.Arghh geram macam manalah dia boleh nampak peralatan sekolah tu.Dia memanglah  tak paksa  aku beli sebelum ni pun dia tak pernahlah lagi    menangis atau menghempaskan badan ke lantai bila mahukan sesuatu barang yang disukainya cuma aku je yang kadang -kadang tersaiko dengan kata-kata dia: )

Firdaus tengah menyibukkan diri  di kaunter pembayaran

Ayam madu kegemaran suami

budak yang  happy dapat paw mak sendiri : )


Selamat berhujung minggu bersama family tersayang



Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .