Thursday, 28 February 2013

Resepi simple mudah sesuai untuk ibu bekerja ; sepupu ayam mengcongkam-part II


Gigih lagi aku menyediakan juadah untuk makan malam dalam minggu ni. Aku rasa kegigihan ini harus diteruskan sehingga ke minggu hadapan , InsyaAllah kalau tak de aral melintang : )Gigih tu memang gigih , cuma kadang -kadang aku mengalami situasi dimana tak tahu nak masak apa. Nasib baiklah minggu ni aku belum menghadapi situasi-situasi macam  tu. Buat sementara waktu, ini saje yang mampu aku sajikan kat korang semua "ayam mengcongkam jiwa raga"*sesuka hati makpak aku je kan* . Selepas ayam mengcongkam mendapat sambutan pembaca blog ni,selepas lama menyepi  kini aku kembali pulak dengan ayam mengcongkam jiwa raga sepupu kepada  ayam mengcongkam. Nama dekat-dekat sama tak pe kan






Cara menyediakan ayam mencongkam jiwa raga

Ayam separuh bahagian dipotong dan dicuci berseh. Gaulkan sehingga  sekata  ayam bersama dua sudu besar rempah kari  kemudian gaulkan dengan seasoning,improves the taste(terpulang pada citarasa masing -masing , kalau tak letak pun boleh).Bila semua bahan dah bergaul mesra, gaulkan pulak ayam  tadi dengan dua sudu besar sos tiram dan 6 ulas bawang putih yang telah dicincang sederhana halus.Perap selama 20 minit. Gaulkan  tepung jagung/ubi pada ayam terlebih dahulu sebelum digoreng.
Goreng dalam minyak yang banyak dan panas-kalau boleh guna api sederhana, bila dah agak garing baru kuatkan semula api untuk kegaringan yang sekata
Jeng jeng jeng  Ayam goreng  mengcongkam jiwa raga 1
Ayam goreng  mengcongkam jiwa raga 2
 Kailan Hong Kong  goreng bawang putih dan sos tiram
Bak kata kak limah "buat panas -panas mulut" hirisan cili padi dan  hirisan bawang besar dicampurkan ke dalam kicap kipas udang lemak manis  lagi sedap kalau dapat diperahkan dengan sedikit limau nipis.


"mak!!!, cepatlah, Firdaus dah lapar ni."  "hey !! ko sabar boleh tak? mak tengah penat ni." gila ganaskan aku.



Cukup setakat ni saje untuk hari ni............cau cin cau









Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Selamat datang