Wednesday 27 February 2013

salah satu bahan untuk membuat minyak wangi


Semalam  aku memang  tak larat nak pergi kerja. Aku demam, batuk dan  rasa bisa tulang temulang . Kalau ikutkan hati  dan badan yang lemah aku memang tak larat  nak pergi klinik Rasa nak baring dan pejam mata je..Lagi pun aku bukan  orang yang suka makan ubat, aku pergi klinik tujuan sebenarnya nak ambik MC je. Aku bangun awal pagi , lepas siapkan Firdaus ke sekolah aku ingatkan nak pergi klinik tapi badan pulak tak larat, akhirnya aku tunggu Firdaus balik sekolah baru pergi klinik. Dah tahu tak larat aku pulak tabur janji manis nak bawak Firdaus  naik komuter pergi subang Parade.Lepas aku setel kat klinik dia pun tuntut janji,  apa lagi aku mengelabah puyuh , aku pujuk dia baik-baik. Aku bagitahu dia aku tak larat nanti bila aku dah sihat  aku janji bawak dia naik komuter pergi Subang Parade. Ha ha ha ,budak-budak biasalah tu memang cepat merajuk kita kenalah pandai-pandai pujuk dia.

Merajuk membawa diri. Masa ni cuaca sangat panas , itu yang sampai  terpejam mata dia




 tengah panas pun gigih nak petik bunga yang entah apa-apa tu
 Mak , nilah bunga yang buat minyak wangi.Cuba mak cium , wangikan. Sungguh tinggi imiginasi budak ni sehingga tak terjangka difikiran kita.

Firdaus redho dan hanya mampu tersenyum   bila aku bagitahu  dia yang aku hanya larat bawak dia pergi pasaraya Giant  yang berdekatan  je. Selepas bawak Firdaus membeli sedikit jajan kudap-kudapan dimasa senggang, sedikit sayur dan sedikit buah anggur merah dan blueberry kudap-kudapan suami selepas makan dan masa menonton TV aku bawak dia balik rumah  naik komuter.

Bercakap pasal anggur ni, sejak kecil lagi  suami aku minat sangat makan anggur. Katanya zaman dia kecik susah ,jarang dapat beli anggur.Sekarang dah kerja barulah merasa beli anggur *bajet anggur sama dengan harga emas*  Suami aku  dengan anggur hitam dan anggur merah  memang tidak dapat dipisahkan.Aku memang menyokong kuat  kalau suami dengan anak-anak hanya gemar makan buah anggur sebab sebagai ibu yang jenis pemalas nak mengemas rumah macam aku ni  memang berbesar hati  sangatlah sekiranya mereka gemarkan  buah-buahan jenis  yang tak payah nak kupas-kupas  kulit  dan buahnya  tidak  berair , tidak meleleh ,tidak  melekit-lekit  dan yang penting tidak mengotorkan rumah.*dasar pemalas*

Anggur kurang biji
blueberry


 Gedikkan cara Firdaus makan anggur



Sekian saje kemerepekkan untuk  hari ni, InsyaAllah kita akan  bertemu lagi esok




Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Pengikut Tegar : )