Assalamualaikum. Apa khabar kengkawan , harap baik2 saje, kalau tak baik, dibaik2kan saje, Insyaallah semuanya akan baik. Makcik cam biasa , masih bekerja, kalau rasa kurang sihat pergi klinik, ambik MC, hujung tahun ni , cuti tahun tak berapa nak ada, jadi bersabarlah menunggu cuti tahun 2027, insyaallah kalau panjang umur.
Rutin wajib hujung minggu makcik dari dulu sampai sekarang memang tak pernah berubah jalan2 cari makan dan me time pergi massage. Cuma bezanya, kalau dulu pantang ada masa lapang, makcik rajin menghadap komputer untuk kemas kini blog. Sekarang ini, tak tahu kenapa, celik sahaja mata terus leka mengscroll tik tok . aduiii
Cerita hujung minggu mcm biasa , kalau tak cari tempat brekpast ,makcik ngan Daus, cari tempat lunch, lepas lunch kami cari tempat massage tak pun cari tempat makan dessert , arghhhh Lacher Patisserie Daus cari, makcik cari sogno. Tiber je, masa tengah makan nasi Padang kat Restoran Sederhana, Chow Kit, Daus cakap lepas ni nak cari tempat makan dessert lah.makcik ok kan je
Mulanya, dia cadang nak pergi Suka Dessert. Jadi, lepas makan, makcik bawak di gi kafe Suka Dessert di Batu Caves. Tapi bila tengok ramai orang beratur, terus cancel.
Daus pun mula Google cari2 kedai dessert sekitar Kuala Lumpur. Akhirnya, terjumpalah ngan Lachér Patisserie. love ketat2 Lacher Patisserie.
- Rasa Makanan & Pastri: ⭐⭐⭐⭐⭐ (.5/5)
- Minuman: ⭐⭐⭐⭐⭐ (5/5)
- Suasana Kedai: ⭐⭐⭐⭐⭐ (5/5)
- Keputusan Akhir: Berbaloi untuk datang lagi!
Rating ini dibuat secara jujur berdasarkan tekak dan citarasa peribadi makcik sendiri pada hari kejadian. Selera kita mungkin berbeza, jadi anda kenalah cuba sendiri ya!
📍 Lachér Patisserie
LG 01-02, Menara The MET,
50480 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia.
Jalan Dutamas 2, Mont Kiara,















No comments:
Post a Comment