Monday, 4 February 2013

Petai padi dan Duandee

Hari Jumaat selepas balik kerja aku dengan sipumpkin pergi makan kat Duandee.Dolu-dolu  aku tak berapa suka makan kat sini sebab pilihan menunya tak banyak dan masakannya seperti ada sesuatu yang kureng dan agak tidak menepati citarasa.Tapi dua minggu lepas masa aku makan kat sini bersama anak-anak,  aku agak terperanjat , menunya dah bertambah, yang pasti setiap hidangan yang disajikan enak dimakan serta menepati citarasa tekak keluarga aku. Tomyam , sotong goreng tepung ,ayam goreng kunyit  dan ketam goreng cili adalah  antara menu yang paling sedap aku rasa di sini.  Sebelum balik , aku tapaukan  nasi goreng cina dan ayam goreng kunyit untuk  suami dan Firdaus.Yang penting masa rehat tadi aku sempat racun fikiran kak limah dan Ratu kebaya supaya dorang  membawa family dorang  makan -makan kat Duandee .*tetiba je tumbuh tanduk*


 kangkung goreng belacan dan sotong goreng kunyit, sotong yang menimbulkan tanda tanya.Mana tak nya aku order sotong goreng tepung tapi kenapa yang datangnya  sotong goreng kunyit labuuuuuuuuuuuuu.time ni kitaorang cool je
 maaf ye , sipumpkin baru je sound aku sekejap ni, dia minum  nenas ais bukan  limau ais  dan aku pulak minum  barli ais
telur dadar dan tomyam terbaek


Sempat lagi aku  merembat barang basah dan kering kat kedai berhampiran sementara menunggu suami datang jemput.


Petai mata kecik macam ni   petai padi ,katanya arwah ayah aku.

Bahan-bahan basah dan kering yang sempat aku rembat, tetiba je tekak teringin nak makan sambal ikan bilis petai.Cerita pasal sambal petai akan bersambung kemudian...........










Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .