Sunday, 4 October 2026

Lachér Patisserie The MET Mont Kiara-kesedapannya sukar digambarkan dengan kata2

 Assalamualaikum. Apa khabar kengkawan , harap baik2 saje, kalau tak baik, dibaik2kan saje,  Insyaallah semuanya akan baik. Makcik cam biasa , masih bekerja, kalau rasa kurang  sihat pergi klinik, ambik MC, hujung tahun ni , cuti tahun tak berapa nak ada, jadi bersabarlah menunggu  cuti tahun 2027, insyaallah kalau panjang umur. 

Rutin wajib hujung minggu makcik dari dulu sampai sekarang memang tak pernah berubah jalan2 cari makan  dan me time pergi massage. Cuma bezanya, kalau dulu pantang ada masa lapang, makcik  rajin menghadap komputer untuk kemas kini blog. Sekarang ini, tak tahu kenapa, celik sahaja mata terus leka mengscroll tik tok . aduiii

Cerita hujung minggu mcm biasa , kalau tak cari tempat brekpast ,makcik ngan Daus, cari tempat lunch, lepas lunch kami cari tempat massage tak pun  cari tempat makan dessert , arghhhh Lacher Patisserie Daus cari, makcik cari sogno.  Tiber je, masa tengah makan nasi Padang kat Restoran Sederhana, Chow Kit, Daus cakap lepas ni nak cari tempat makan dessert lah.makcik ok kan je

Mulanya, dia cadang nak pergi Suka Dessert. Jadi, lepas makan, makcik bawak di gi kafe Suka Dessert di Batu Caves. Tapi bila tengok ramai orang beratur, terus cancel.

Daus pun mula Google cari2 kedai dessert sekitar Kuala Lumpur. Akhirnya, terjumpalah  ngan  Lachér Patisserie. love ketat2 Lacher Patisserie.






Lacher Patisserie, Insyaallah makcik akan datang lagi, nak repeat jalapeno twist






Makcik ngan dessert tak berapa suka sgt, Daus ajak makcik on je


pastry ok lah, makcik layan , lagi yg savoury


Cantik2 dessert dia







Daus order



Makcik perati je, Daus order 3 ya, Badan dia dahlah  semakin bambam tu .hurmmm.white coffee, Petit Mango, Petit pistachio yg hijau tu , dan Ube Mochi chicken floss yg hitam purple tu.


Mango petit , nampak cam maniskan, ekceli tak sangat



Nape banyak gambar sama. sebab boleh dik. makcik pinjam kata2 cucu makcik.geram je ngan dia tu



Makcik makan cempedak flan ngan jalapeno twist , pertama kali makcik makan  jalapeno, seriuslah  , pedas dia kick tapi sedap. 



cempedak flan , cempedak combine ngan vanila flan ngan buttery pastry dough, punyalah sedap, tak tahu nak cakap apa



Budak happy dapat makan dessert. Syukur Alhamdulillah


Rating Lachér Patisserie The MET Mont Kiara
  • Rasa Makanan & Pastri: ⭐⭐⭐⭐⭐ (.5/5)
  • Minuman: ⭐⭐⭐⭐⭐ (5/5)
  • Suasana Kedai: ⭐⭐⭐⭐⭐ (5/5)
  • Keputusan Akhir: Berbaloi untuk datang lagi!
Disclaimer / Penafian:
Rating ini dibuat secara jujur berdasarkan tekak dan citarasa peribadi makcik sendiri pada hari kejadian. Selera kita mungkin berbeza, jadi anda kenalah cuba sendiri ya!


📍 Lachér Patisserie LG 01-02, Menara The MET, 
      50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia.
      Jalan Dutamas 2, Mont Kiara,