Wednesday, 6 February 2013

berjogging di komplek sukan Pandamaran, beriadah ditaman permainan atau meronda sekeliling kampung ; tepuk dada tanya selera


Entahlah,  bila agaknya  aku dapat bawak Firdaus berjogging di padang  yang biasa aku bawak yuyi dengan gula-gula hacks masa kecil dulu. Pelik betul aku ni, masa  yuyi dengan gula-gula hack  kecil sekurangnya hampir setiap hujung minggu aku bawa dorang  berjogging. Tapi sekarang ni  aku macam liat je nak bawak  Firdaus pergi jogging atau beriadah di taman permainan yang berdekatan dengan rumah aku, aku sendiri pun tak tahu apa yang aku buat pada hujung minggu. Nak kata aku kemas rumah, rumah aku tak semenggah, mungkin aku banyak habiskan masa dengan memasak kot.*ayat penyedap hati*

Setiap kali Firdaus  tanya pasal jogging atau kasut jogging aku dah tak tahu nak jawap apa dah.Ini  semua gara -gara  suami aku yang pernah berjanji nak belikan dia  kasut jogging serta  membawanya berjogging di padang yang aku sebut tadi . Bila  suami aku  tak dapat menunaikan janjinya , kerana sibuk dengan pekerjaan , akulah yang kena melunaskan janji suami pada Firdaus. Tak pelah tak dapat bawak di pergi jogging kat padang atau beriadah di taman permainan , aku bawak di jalan-jalan keliling kampung yang berdekatan dengan tempat aku tinggal sambil mencari  sarapan pagi rasanya dah memadai  kot. Sebelum  meronda-ronda sekeliling kampung kita kena kuatkan  fizikal dan mental dulu terutama tang telinga.kenapa dengan telinga? Kalau nak diikutkan banyak lagi aku nak cerita tapi oleh kerana hari ni  gigi dan kepala aku ada sedikit masalah  , maka aku terpaksa tamatkan cerita ini, lenkali kita sambung ye......



Galak memakai payung biru (Payung Daiso ye, aku tekankan di situ)
Firdaus ni, semenjak dua menjak kehulu hilir ke hilir naik kereta yuyi, dia dah  tak boleh kena panas .haktuiiiiii
 
Budak belum mandi ada hati nak berpayung
Upah dia nasi lemak ayam goreng sebab nak berjalan ikut aku keliling kampung.ha ha ha


upah dia dengan bawak dia tengok orang memancing kat kolam pancing berdekatan
Dia ni kalau nampak air sehari suntuk pun boleh duduk kat situ : ) Tak dapat berendam dalam air dapat tengok pun jadilah.



Kalau terasa diri dah cukup amal ibadat singgah-singgahlah ke sini .Kami mengalu-alukan kedatangan anda

 
 Masa berlegar-legar  kat pengkalan yang terletak bersebelahan dengan kolam pancing aku nampak ada sorang pompuan tengah menjual ikan. Aku apa lagi tak toleh kiri kanan terus sambar  ikan duri.Penjual ikan tu  kata ni ikan mayong tapi suami aku kata ikan duri, arghhh lantak koranglah  dah masuk perut mayong tak de duri pun tak de : )

ikan mayong ke ikan duri ke , aku bedal jelah janji ikan laut.Suami aku ni kureng sikit dengan  ikan sungai atau kolam syyy berlagakkan mentang-mentang dia memancing ikan kat laut

kacang buncis goreng bersama hati dan pedal. Bukan senang nak menghabiskan stok pedal dan hati ayam  yang telah ku kumpul sekian lama setiap kali membeli sekor ayam.


Nampak gayanya cukuplah sampai di sini saje cerita aku kali, tetiba je aku dah dapat isyarat dari blog list aku katanya  acik sf beauty dah tepek resepi  kek gula hangus step by step. cau cin cau wa nak pergi terjah blog dia sekarang juge.



Sebelum cau wa nak bagitahu wa sekarang ni tengah bertabahkan hati wa dengan dugaan yang sedang melanda wa , dugaan tak besar mana tapi lu tahukan macam mana penangan sakit gigi disamping keja yang menimbun. wa tak tahu nak cakap dah...................





Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .