Wednesday 27 February 2013

kek butter cheese tabur ; tidak semestinya citarasa keluarga aku dengan orang lain sama



Citarasa  setiap orang berbeza  dalam memilih makanan terutama kek. Ada yang suka kek butter saje , ada yang suka kek coklat  ,ada yang suka kek cheese , ada yang suka kek chiffon atau kek   sponge atau  ada yang hanya suka kek beraising  saje.  Tepuk dada  tanya selera citarasa  anda, anda sendiri tentukan. Kwang kwang kwang. Kek cheese dan butter amat sesuai  dengan tekak aku.Kek coklat  aku tak berapa suka sangat.Suami aku pulak pengemar kek coklat tegar  tapi  kalau aku suap  kek  selain dari kek coklat  dia tak  hal Cuma dia tak suka kek yang terlebih rasa susu dengan butter. Anak -anak pulak tak berapa suka makan kek sponge atau chiffon terutama yuyi, dia kata rasa kek sponge dan kek chiffon macam kosong , tak padat macam  kek butter sebab tu setiap kali dia balik, aku merajinkan diri membakingkan untuk  dia kek  butter.   Hari minggu  hari tu sebelum  balik ke rumah  aku bekalkan  yuyi  kek  tabur  cheese yang aku buat sendiri . Oleh kerana yuyi tak suka kek sponge  atau chiffon  maka  kek  tabur cheese   ni   asasnya  aku mengunakan kek butter   yang selama ni orang  di luar  sana  mengunakan  kek chiffon atau sponge  .

Jom buat kek butter



Bahan -bahan  untuk butter kek ni simple je

1)250 gm tatura salted butter
2)150 gm castor sugar
3)sedikit essen vanilla
4)4 biji telur(suhu bilik)
5)220 gm  self raising flour
6)4 biji telur(suhu bilik)
7) dua sudu besar fresh milk




Cara menyediakannya

1)Pukul butter dengan gula castor sampai kembang dan gebu
2)Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus memukul hingga kembang
3)masukkan self raising flour sedikit demi sedikit sambil memukul  menguna mesin pemukul pada tahap 1
4)Akhir sekali masukkan fresh milk sdikit demi sedikit sambil memukul mengunakan mesin pemukul pada tahap 1
5)Rehatkan  adunan kek  dalam masa 20 minit
6)Bakar selama 40 minit dalam suku 180 darjah celcius 
7)Bila masak sejukkan kek sebelum di letakkan krim cheese dan ditabur parutan cheese




Cara membuat krim cheese

1)250 cream cheese
2)lebih kurang 1 cup susu pekat-aku kurangkan sikit susu pekat terpulang kepada citarasa masing-masing kalau yang suka manis boleh  lebihkan  susu pekat
putar hingga sekata


3) Kraft cheddar cheese-250gm -untuk diparut

Sapukan krim cheese disekeliling kek atau  dilapisan tengah (bagi yang membelah kepada dua atau tiga bahagian kek itu)  kemudian tabur cheddar cheese yang sdudah diparut. 



 kek butter satu bekas untuk yuyi bawak balik ke rumahnya dan satu bekas lagi untuk suami  dengan Firdaus
Oleh kerana anak aku bukan pemakan tegar cheese jadi aku hanya kan cheese di atas permukaan kek saje.
Abaikan muka model yang macam terpaksa itu, yang penting dia suka kek butter cheese tabur yang aku buat


Cukup setakat ni saje, jumpa lagi dilain hari dan waktu............




Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Pengikut Tegar : )