Friday, 1 February 2013

kari ayam misteri mimpi syakilla

Misteri ? Betul ke kehidupan ni satu misteri?  misteri sungguh cerita hari ni,  kalau tidak takkanlah ada perkataan "MISTERI"  terselit  dalam nama masakan ni.Syakila debab kau sungguh misteri,aku pun rasa aku misteri entah kenapa perasaan misteri aku ni tetiba saje nak mengodok Syakila debab  dengan pokok kaktus. Kenapa dengan pokok kaktus? Kata misteri haruslah aku godok dengan pokok kaktus yang dari dulu aku andaikan  sebagai pokok misteri. Kira nasib baiklah  aku nak godok  Syakila debab dengan pokok kaktus kalau aku godok dia dengan pam jamban macam Mak jah mengodok Salina Saibi dalam filem "BOHSIA 2, JALAN KEMBALI "Tak rabak kau kata.

kan aku dah kata cerita ni cerita misteri, tu baru part Syakila debab pompuan misteri belum lagi aku masuk part Ramlah Ram.Jom lah kita ke kari ayam misteri mimpi syakila.






Bahan-bahan

1)ayam separuh bahagian-dipotong sederhana besar  , dibersehkan dan  digaram kunyit.
2)santan dari 1/2 biji kelapa parut -lebih kurang 400ml santan
3)dua biji tomato-dibelah ikut suka
4)3 biji kentang -dipotong baji
5)sekeping asam keping
6) garam
7) secubit kecil serbuk perasa(ikut citarasa masing-masing)

Bahan  tumisan

1)1 tangkai daun kari
2) sebatang kayu manis dan 2 kuntum bunga lawang
3)1/4 teaspoon  halba campur-terdiri daripada jintan manis, jintan putih,halba dan biji sawi
4)3 biji bawang merah dan 3 ulas bawang putih-dihiris nipis
5)2cm halia-dihiris niris
6)4 sudu besar rempah kari Babas dibancuh dengan sedikit air

Cara menyediakan

1)Tumis  bahan 1,2,3 ,4 dan 5 sehingga naik bau dan layu sedikit-guna api sederhana besar
2)Tumis rempah kari sehingga pecah minyak-guna api sederhana
3)Masukkan tomato bersama ayam tadi-kacau biar ayam bergaul dengan rempah-Masih mengunakan api sederhana
4)Setelah ayam agak mengecut , masukkan kentang diikuti dengan santan-biar kentang agak empuk
5)Setelah kentang agak empuk,masukkan asam keping
6)perasakan kari ayam dengan garam secukupnya dan secubit kecil serbuk perasa.(kecilnya umpama 0.000005gm-biar agak mendidih
7)Tutup api dan bolehlah diangkat

kari ayam yang sedang mendidih
kari ayam - siap untuk dihidang
 sawi cina goreng bawang putih-feveret budak darjah dua
 hidangan untuk firdaus
 budak yang bertambah ceria bila dapat makan nasi





Syakila debab blahlahhhhhhhhhhhhhhhh dari dalam mimpiku



Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Selamat datang