Monday, 25 February 2013

Salah seorang penyokong kuat penulis novel tempatan




Siapa rindu blog  makcik tempe ? sila angkat tangan. Siapa rindu Aoron Aziz?sila main jauh-jauh.





Tetiba je rasa macam tak tahu nak tulis apa. Hari ni aku macam hilang fokus, hilang semangat mungkin sebab aku tak berapa sihat atau mungkin aku lemah semangat bila melihat sekujur mayat mangsa kemalangan ditutup plastik hitam terbujur di tepi jalanraya  berdekatan dengan tempat aku berkerja pagi tadi. Tak lemah semangat kau kata, bila dapat tahu yang dua orang mangsa kemalangan yang meninggal dunia tu rakan sekerja .Okey kita tutup bab tu, Sebenarnya dari petang  semalam lepas yuyi balik  aku nak update blog tapi tergendala aku cuma sempat  transfer  gambar dari kamera ke computer saje. Entah kenapa semenjak dua menjak ni aku rasa pening kepala, mata pulak cepat pedih kalau duduk lama depan computer .Rasanya selepas ni   aku kena  mengurangkan aktiviti social yang ada kena mengena dengan komputer.



Cuti sabtu ahad ni aku tak ke mana-mana.  masa aku banyak dihabiskan dengan mengemas rumah(haktuii kelakarlah kalau dengar aku kemas rumah) membaking(cerita baking nanti aku upadate), tolong yuyi packing barang nak pindah rumah. Yuyi  tak  suruh aku tolong pun  aku  yang mengoffer diri sendiri nak  tolong dia  packing barang. Walaupun dia duduk berdua je dengan gula-gula hacks , aku tengok boleh tahan banyak juge dia punya barang terutama buku.haktuii nak buat apa dengan buku-buku tu semua pun aku tak tahu.



Diantara novel yang tak sempat lagi dimasukkan dalam kotak
Diantara novel yang tak sempat lagi dimasukkan  dalam kotak.
Terharulah hati  penulis novel tempatan di luar sana bila melaihat ada  orang yang sudi beli novel dorang
barang -barang yang sempat aku dengan yuyi packing.Abaikan tangan yuyi





Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Selamat datang