Jom kita tengok apa yang Ms. Arianna Melissa , Kevin dan clara buat di Jaya Jusco pada hari kedua cuti tahun baru cina yang lepas. Ambik kau nak sangat cerita fairy tales.huk huk huk
Adakah ini Ms.Arianna Melissa tuan punya blog Bvlgarigirl? Kalau ya, dia memang suka habiskan masa senggangnya di foot reflexology bersama Kevin. Haish!!!! kenapa Clara muka ala -ala macam lelaki. Ini Clara ke lilly anak momy lilly?
Selepas keluar dari foot reflexology, kevin ajak Ms.Arianna Melissa dan Clara tengok movie Hantu kak limah 2 , dasatkan tetiba je melayan movie melayu si Kevin ni.Sebelum movie bermula mereka semua makan-makan .
ye ke, Clara suka makan telur tiga suku bersama kicap cair?
Diet gilaaaaaa , Ms.Arianna Melissa makan rojak je sementara menunggu movie hantu kak limah 2, husin,Mon dan jin toncit start pukul 4 petang.
Ms.Arianna makan bihun sejemput je,la patutlah kurus
Arianna merenung masa depannya yang kurang pasti , Clara pulak tengah renung apa tu???
Demi cinta Kevin pada Ms.Arianna Melissa , dia sanggup terbang dari Sabah ke Kay ELL di tengah malam pada hari pertama tahun baru cina.Hebatkannnnnn
Clara suka main games dalam troly ye?
Baiknya hati Ms.Arianna Melissa belanja Kevin makan malam kat Duandee
Kevin tak akan pernah berhenti berharap
Kuang ajarlah siMelissa ni telur dah tinggal separuh pun nak ambik gambar
Clara ngantuk ye, ala cian-cian
Arianna dan kevin seperti belangkas opss yuyi dan ketam tak boleh dipisahkan
Kamonlah Arianna bvlgarigirl yang ku puja dari tahun 2008 , sila buat pencerahan buktikan yang kau bukan makcik demuk yang nak lakukan bisnes onlinenya .Arianna, I love your lovey dovey story. Tapi kalaulah betul Arianna ialah makcik demuk itu, pesan makcik tempe
1)jadilah diri sendiri
2)Percayalah Allah SWT telah aturkan yang terbaek buat kita
3)Gunakanlah kepandaian yang kita ada ke jalan yang sepatutnya
Mungkin selepas apa yang berlaku aku kena berhenti membaca blog yang berunsurkan fairy tales . kah kah kah,Aku frust sangat sebab tak sempat nak tengok Ms.Arianna Melissa dengan kevin naik pelamin anganku musnah. .Ekceli she's a good writer, tetiba je aku speaking selepas dapat tahu yang Arianna tak ujud. . Seriously, aku tersangatlah malu kalau yuyi tahu yang aku percaya bulat-bulat cerita bvlgarigirl ni, aku dah boleh bajet dia mesti akan cakap "ni semua poyo" blog bvlgarigirl abahmu" huk huk huk
Kalau sesiapa yang tak tahu hujung pangkal cerita ini , sila ke link di bawah
1)Kerana akaun Nuffnang
2)taste alas meja mommytolily & bvlgarigirl sama uol
3)Hasil CSI uols
4)Misteri bvlgari girl terbongkar
The moral of the story , aku tak marah pun pada Ms.Arianna Melissa,aku agak mungkin dia hanya memenuhi tuntutan fitrah manusia yang selalu inginkan yang sempurna , cantik, baik, kurus ,kaya raya , terpelajar atau orang kay Ell .
BYE BYE BYE
Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .