Thursday 14 February 2013

Acara makan besar sempena tahun baru cina 2013 ye tahun ular air??????


Cerita bersambung dari sini, selepas  aku menyetel apa yang perlu disetelkan, dalam pukul 1.30 petang yuyi dengan gula-gula pun sampai di rumah. Aku call suami ajak dia join sekali . Dia kata dia tengah bekerja,dia  suruh aku pergi dengan anak-anak  dulu nanti dia menyusul kemudian. Masa kat dalam bilik tengah nak bersiap-siap ke rumah MIL ,  aku  dengar  bunyi motor  yang tak semenggah berenti depan rumah. "sah sah  bunyi motor suami, tak de lagi bunyi motor yang tak semenggah kat taman ni selain  dari bunyi  motor dia,"bisik hati kecil ku.  Bila aku keluar dari bilik aku terkejut melihat suami dah terpacul di depan pintu bilik."saya join sekalilah  awak." Dia  gapai tuala lalu masuk  ke bilik air dan mandi,

Selepas kelibat  suami hilang dari pandangan mata, Aku dan yuyi saling berpandangan . huk huk huk perancangan awal yang telah disusun terpaksa dirombak saat -saat akhir.  Suami aku lebih suka menghabiskan masa di rumah atau di pangkalan sebab itu lah dia  kurang  menemani aku dan  anak-anak  ke shopping komplek atau berjalan -jalan tanpa arah tujuan tapi bila dia kata nak join kitaorang , itu yang membuat kitaorang rasa  janggal. Selalunya  dia hanya  tahu bagi  duit dan bagi moral support supaya aku lebih bersemangat  bawak anak  berjalan-jalan ke mana yang aku suka.Macam tu pun ada kan?

Berbalik pada tajuk  asal  ; acara makan besar adalah satu upacara  wajib untuk  orang cina yang kebiasaannya disambut meriah tapi disambut secara sederhana di rumah MIL.Dipendekkan cerita kitaorang gerak dari rumah lebih kurang pukul 1.45 petang, sampai rumah MIL lebih kurang pukul 2.15 petang.Dekatkan rumah aku dengan rumah MIL.

berposing  di Flat yang penuh kontroversi
 
Gula-gula hacks yang sentiasa maintain cute
abang dan adik yang suka berkelahi
yuyi yang dah nampak sedikit berisi opsss habislah kalau dia tahu aku cakap dia dah sedikit berisi
 Firdaus tengah lapar , dia alas perut dengan epal dulu
Firdaus, gula-gla hacks dengan MIL yang semakin naik seri semenjak bertukar kaler rambut : )
Dari tadi epal tu tak habis-habis?
Macam kecik pulak pipi yuyi dalam gambar yang ni : )
MIL aku ni dengan asam tak boleh dipisahkan
bakul merah hamper yang yuyi bagi kat MIL
Bibir terukir dengan senyuman  tapi perut sedang berkeroncong
 
Juadah yang disediakan  oleh MIL dan adik ipar simple je, ayam goreng halia dengan goreng sayur campur dan malamnya pulak MIL buat ikan stim.

Makan besar cara berlambak boleh gitu : )

Lebih kurang pukul 4 petang kitaorang  semua bawak MIL shopping baju, kasut dengan handbag kat Jaya Jusco Bukit Tinggi.  Habis shopping hantar MIL balik rumah dia lepas kitaorang terus balik ke rumah.Sebelum balik singgah jap beli nasi ayam dengan otak-otak.
yuyi yang tak sabar nak makan otak-otak , hambek kau mengelupur kepanasan
Dah kenyang  cermin mata aku pulak jadi mangsa




Setakat ni saje cerita aku dan cerita  family MIL  menyambut Chinese New Year 2013







Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Pengikut Tegar : )