Sebelum menjelang bulan puasa mulalah tekak aku ni banyak sangat mintak tapi yang peliknya masa puasa nanti pandai pulak tekak ni behave sampai tak lalu nak makan. Hari khamis minggu lepas pagi-pagi buta lagi tekak ni nak mintak lempeng kelapa cicah gulai ayam. Suami aku pun naik pelik pagi lagi aku dah kelekang kelekung kat dapur .Ada aku kesah??
Bahan -bahan kering sengaja aku lambakkan atas meja supaya senang aku nak buat kerja mengupas , menghiris bagai.
Bahan-bahan untuk gulai ayam sekor1)ayam sekor dipotong 16 atau sederhana besar-dibersehkan dan digaram kunyit
2)600ml santan cair dan 200 santan pekat
3)dua sudu besar kerisek
4)4 biji ubi kentang-dikupas kulit dan dibelah dua
5)sekeping asam keping
Garam,sedikit gula melaka/kabung dan serbuk perasa secukup rasa
Bahan kisar A
1)15 tangkai cili kering -direndam dan dituskan
Bahan kisar B
1) 8 ulas bawang merah
2)4 ulas bawang putih
3)2 cm halia
4)1 cm kunyit hidup
5)lengkuas sebesar ibu jari
Rempah basah
1)5 sudu besar rempah kari ayam
2)1/2 sudu besar serbuk ketumbar
3)1/2 sudu besar serbuk jintan manis
dibancuh dengan air
Bahan penumis
Cara menyediakannya2)Tumis bahan kisar A hingga pecah minyak
3)Tumis bahan kisar B hingga naik bau
4)Masukkan ayam, kerisek dan ubi kentang-biar ayam kecut sekejap
5) Masukkan santan cair dan tambah air jika perlu-biar sampai kentang empuk
6)Setelah ayam masak dan kentang empuk barulah masukkan santan pekat -kacau dan biar mendidih sekejap
7)Masukkan garam, sedikit gula melaka dan serbuk perasa.Pandai-pandailah seimbangkan rasa.
Masa menumis gunakan api sederhana dan sentiasalah kacau
Gulai ayam Idaman kalbu
Tarikh : 27 June 2013, Khamis, yeah yeah masa ni aku cuti
Lokasi : rumah sendiri
Peristiwa : Juadah makan tengahari
Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .