Showing posts with label gulai ayam. Show all posts
Showing posts with label gulai ayam. Show all posts

Saturday, 6 July 2013

Resepi gulai ayam makcik lazi terbaek ; idea kreatif untuk juadah berbuka puasa-part 1

Baca boleh percaya jangan, memang tak de maknanya aku nak memasak gulai ayam untuk  juadah berbuka puasa.  Percayalah juadah berbuka dan bersahur keluarga kami simple je. Selalunya pada hari bekerja aku main tunjuk-tunjuk je   juadah berbuka puasa kat pasar ramadhan, tapi bukan sebarang  tunjuk tunjuk.Tunjuk aku tunjuk tunjuk berhemah bawah  RM15 saje.Selalunya aku beli nasi tomato atau nasi ayam , jarang sangat aku beli lauk pauk.  InsyaAllah Jika ada masa terluang terutamanya dihujung minggu aku tidak akan melepaskan peluang untuk menyediakan makanan untuk berbuka puasa seisi keluarga . Apa yang bestnya setiap kali bulan puasa aku tak pernah miss untuk menyediakan juadah bersahur. Dan untuk sahur selalunya aku masak lauk yang kering dan  simple je macam sardin goreng atau ikan goreng sambal . Anak-anak aku ni tak berapa suka makan sahur dengan lauk berkuah  kecuali suami .

Sebelum menjelang bulan puasa mulalah tekak aku ni banyak sangat mintak tapi yang peliknya masa  puasa nanti pandai pulak tekak ni behave sampai tak lalu nak makan. Hari khamis minggu lepas pagi-pagi buta lagi tekak ni nak mintak  lempeng kelapa cicah gulai ayam. Suami aku pun naik pelik pagi lagi aku dah kelekang kelekung kat dapur  .Ada aku kesah??

Bahan -bahan kering sengaja  aku lambakkan  atas meja supaya  senang aku  nak buat kerja mengupas , menghiris bagai.
Bahan-bahan untuk  gulai ayam sekor

1)ayam sekor dipotong  16 atau sederhana besar-dibersehkan dan digaram kunyit
2)600ml santan cair dan  200 santan pekat
3)dua sudu besar kerisek
4)4 biji ubi kentang-dikupas kulit dan dibelah dua
5)sekeping asam keping
Garam,sedikit gula melaka/kabung dan serbuk perasa secukup rasa

Bahan kisar A
1)15 tangkai cili kering -direndam dan dituskan
Bahan kisar B
1) 8 ulas bawang merah
2)4 ulas bawang putih
3)2 cm halia
4)1 cm kunyit hidup
5)lengkuas sebesar ibu jari
Rempah basah
1)5 sudu besar rempah kari ayam
2)1/2 sudu besar serbuk ketumbar
3)1/2  sudu besar serbuk  jintan manis
dibancuh dengan air
Bahan penumis
Cara menyediakannya
1)Panaskan minyak, tumis bahan penumis hingga naik bau
2)Tumis bahan kisar A hingga pecah minyak
3)Tumis bahan kisar B hingga naik bau
4)Masukkan ayam, kerisek dan ubi kentang-biar ayam kecut sekejap
5) Masukkan santan cair  dan tambah air jika perlu-biar sampai kentang empuk
6)Setelah ayam masak dan kentang empuk barulah masukkan santan pekat  -kacau dan biar mendidih sekejap
7)Masukkan garam, sedikit gula melaka dan serbuk perasa.Pandai-pandailah seimbangkan rasa.

Masa menumis gunakan api sederhana dan sentiasalah kacau

Gula melaka penambah rasa gulai ayam 
Gulai ayam Idaman kalbu







Aku ada kerja yang perlu dibereskan dan terpaksa berhenti setakat ni  InsyaAllah malam nanti kita sambung reading reading writing writing  ya: )














Tarikh : 27 June 2013, Khamis, yeah yeah masa ni aku cuti
Lokasi : rumah sendiri
Peristiwa : Juadah makan tengahari







Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Wednesday, 19 June 2013

Gulai Kuali periuk kawah ayam 2013 versi Juadah bersahur, berbuka puasa 2013

Abaikan tajuk yang  seolah-olah ingin melempiaskan amarah dengan cara berhemah dan  paling cute di dalam dunia. Ambik kau.Diantara gadis yang kutemui  opsss nahi nahi diantara  banyak-banyak makanan kenduri tak kiralah kenduri kahwin ke kenduri arwah ke kenduri tunang ke atau kenduri kesyukuran  paling aku suka  ialah gulai kawah @kuali@ periuk ayam  atau  daging. Lelagi  gulai  tadi dibuat pencicah roti, roti canai atau lempeng lembik. Bila dah lama tak makan gulai kenduri mulalah tekak ni feeling-feeling nak makan gulai.Kalau nak diikutkan , aku lebih suka gulai daging lembu tapi oleh kerana suami aku ada sedikit masalah dengan daging lembu maka  terpaksalah aku  menukar selera tekak ni  kepada  gulai ayam .  Daging kambing aku suka juga tapi tekak ni tetiba kembang bila membayangkan  daging  kambing yang mempunyai banyak lemak itu digulai dengan santan  kalau kambing dimasak rendang kering dan pedas  aku okey lagi.

Okeylah tanpa melengahkan masa  pergilah ambik ipad kalau tak de ipad pegi ambik pen dan kertas  untuk menyalin resepi juadah berbuka cum bersahur.haha haha


Bahan-bahannya
1)ayam separuh bahagian -diberseh,dipotong sederhana besar dan digaram kunyit
2)rempah 4 beradik (bunga lawang , cengkih, kayu manis & pelaga) dan daun kari
3)5 biji bawang merah, 3 biji bawang putih, 2cm halia, 2cm lengkuas,1cm kunyit hidup, 2 batang serai-dikisar halus
4)3sudu  besar cili kisar
5)5sudu besar rempah daging /ayam-dibancuh dengan sedikit  air
6)asam jawa sebesar ibu jari  dibancuh dengan sedikit air
7)Santan dari setengah sebiji kelapa-jadikan lebih kurang  700ml santan
8)2 biji kentang-dikupas dan dibelah dua
9)garam, gula merah ke  gula melaka either one dan serbuk perasa
Cara-cara menyediakannya
1)Tumis rempah 4 beradik (bunga lawang , cengkih, kayu manis & pelaga) dan daun kari hingga naik bau
2)Tumis bahan kisar hingga naik bau dan agak garing
3)Tumis cili kisar hingga pecah minyak
4)Tumis rempah kari-Gaul supaya rempah mesra dengan semua bahan tumisan.
5)Masukkan ayam yang sudah digaram kunyit-kecutkan ayam selama 3 minit
6)Masukkan santan diikuti dengan kentang- Biar kentang agak empuk
7)Masukkan air asam jawa-biar agak mendidih
8) Masukkan garam, gula melaka dan secubit kecil serbuk perasa-seimbangkan rasa

Masa menumis guna api sederhana dan sentiasalah dikacau
Biar gulai ayam agak mendidih
Gulai ayam 2013.he he he
Kailan goreng sos tiram dengan bawang putih
 pandang je boleh kenyang kot kot
Gambar gulai diambil secara dekat  tidak lain tidak bukan ialah untuk  menunjukkan kepekatan gulai ayam shaheila Ruseli .ha ha ha



Sekian terima kasih, jumpa lagi................


Dari insan kerdil yang sedang  melempiaskan perasaan sedih pada  Makcik Tasha Shilla dalam Samarinda Epilog Cinta Khirana





Tarikh : 10 June 2013, Isnin
Lokasi : Rumah sendiri
Peristiwa : Juadah makan malam



Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .