Tuesday 2 July 2013

tukar syif

Baru masuk ofis semalam,  selepas cuti 2 hari khamis dan jumaat. Masuk je  ofis aku nampak kat atas meja ada surat cuti bos aku. Dia tukar syif dengan aku. Dah agak dah dia cuti.Masa aku sampai ofis dah dekat nak pukul 9.30 pagi  pun bilik dia masih gelap. Baru saje nak melabuhkan punggung kat kerusi  ,ring, ring , ring telefon berdering.Semangat aku angkat telefon .
"makcik tempe you kat mana,? you datang keja ke hari ni,?" suara bos dihujung talian   
"ye, saya kat ofis."   Habis kau cakap dengan saper , dengan tunggul kayu ke,?" aku terngumpat dalam hati.
"Hari ni saya cuti. You jangan ke mana-mana. You jaga ofis, toilet  , pantry ,jangan lupa cuci berseh semua tempat tersebut," suara  merdu bos aku di hujung talian memberi arahan.
"okey bos." Aku akur dengan kata-katanya.Adakalanya bersatu atau  berdua lebih baik : )


Penat semalam  tak habis lagi.  Sampaikan nak update blog pun tak ada masa.  2 hari  cuti plus cuti sabtu dan ahad, total  4 hari  rasa macam tak puas bercuti di rumahku syurgaku . Masa terlalu cepat berlalu, tak sangka selama 4 hari tu aku dah menghabiskan masa bersama-sama anak-anak dengan  makan tidur menyembang hingga ke hari-hari  terakhir salah seorang anak aku  akan berangkat ke obersea dalam  waktu terdekat.  Huk huk bukan bermakna aku, tak bersedih bukan bermakna aku tak ada perasaan . Bila kita jadi  ibu , setiap detik kita akan teringat  pada anak kita,setiap kali  sembahyang kita tidak pernah lupa untuk  mendoakan kebahagian dan kesejahteraan anak kita di dunia dan diakhirat.Kasihan ..bila siibu  ni sudah  dilimpahi dengan kasih sayang anak  adakalanya siibu ni  hampir terlupa  akan keujudan  suami sendiri .   Maafkan aku andai aku bersalah : (

Pengikut Tegar : )