Monday 22 July 2013

Juadah bersahur ; nasi lemak sambal terbaek ; permintaan anak

Minggu lepas hari rabu masa berbuka berdua sahaja dengan Firdaus

Firdaus : mak ,  nanti boleh belikan Firdaus  nasi lemak? Firdaus nak  makan  masa sahur nanti

Aku(sayu) :Mana ada orang jual nasi masa bulan puasa ni dik?

Firdaus : bila boleh beli nasi lemak?

Aku : Lepas raya baru dorang jual nasi lemak. Tak pelah InsyaAllah sahur nanti ibu masakkan nasi lemak untuk adik .


Firduas : Yeak yeak esok sahur  makan nasi lemak ulang 2 x


Memasak nasi lemak buat tiga orang makan , ko  mampu.Pak kal  orang jual nasi lemak pakat tak berniaga masa bulan  puasa   kalau tidak memang tak kuasa aku nak melayan keteringinan anak bongsu busyuk macam sorang ni. 

Kalau nak resepi  nasi lemak versi makcik tempe silalah ke  sini.
  cer teka  apa yang aku  masak untuk juadah bersahur

sambal nasi lemak terbaek

Resepi sambal nasi lemak terbaek , tak caya ? tak caya udah .

Bahan-bahannya

1)segenggam Ikan bilis goreng
2)20 tangkai cili kering-direndam dengan air panas dan dikisar kering
3)asam jawa sebesar ibu jari-dibancuh dengan sedikit air
4)7 ulas bawang merah kecik-dihiris dan dikisar sederhana halus mengunakan pengisar kering
5)1/2 inchi belacan (kalau tak suka jangan letak)
6)Gula , garam dan secubit  perasa

Cara menyediakannya 

1) Panaskan minyak, tumis bawang kisar hingga agak garing-guna api sederhana
2)Tumis cili kisar hingga pecah minyak-tumis agak lama-guna api sederhana
3)Masukkan belacan-tumis lagi hingga keluar aroma
4)Masukkan air asam jawa-pastikan menguna api perlahan dan sentiasa mengacau hingga sambal menjadi pekat.
5)Masukkan  dua sudu besar gula-kacau sekejap
6) Masukkan garam dan serbuk perasa-seimbangkan rasa
7)Akhir sekali masukkan segenggam ikan bilis goreng

Bila nak makan  nasi lemak  baru aku kupas 

ikan bilis goreng wajib ada

hirisan timun
Aku suka  sambal nasi lemak yang agak  pekat
Berseleranya Firdaus makan nasi lemak masa sahur














Tarikh :17 July 2013, Rabu
Lokasi : rumah
Peristiwa  : Juadah bersahur



Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Pengikut Tegar : )