Thursday, 25 July 2013

Juadah berkhasihat untuk ibu yang kaki asam

Dua hari lepas aku cuti  bawak Firdaus pergi check kat Klinik Kesihatan PK. Ekceli dia sihat ,syukur Alhamdulillah, cuma hidung dia selalu berhingus semenjak dua menjak ni. Naik risau pulak  aku dibuatnya  bila tengok  dia bercakap dalam keadaan tercungap-cungap  macam orang semput. Apa-apa pun yang penting  hati aku lega  selepas mendengar penjelasan doktor.

Doktor kata Firdaus okey je . dan katanya lagi mungkin  selsemanya itu disebab  allergic terhadap habuk. Dia cadangkan supaya aku beri Firdaus makan Vitamin C. Aku bagitahu kat dia yang selama ni Firdaus tak pernah miss makan  vitamin C kalau tak sil.ap aku 250mg 3 biji sehari  . So doktor cakap Firdaus dah boleh  makan  vitamin C 500mg sehari sebiji. Hurmmm baru je aku  belikan Firdaus  vitamin C 250 mg dua hari lepas  takkan ye aku nak campak macam tu je . Alah... biarlah dia habiskan  vitamin c tu dulu.InsyaAllah dah habis nanti aku belilah vitamin  yang doktor cadangkan

 Budak yang sentiasa tersenyum bila dapat menghabiskan masa  dalam gerabak komuter
 Tak dapat tengok movie monster buat kali kedua , dapat baca buku komik monster pun jadilah.
 Tetiba je muka sakit bila kat dalam Klinik Kesihatan : (
Balik dari klinik kesihatan dia terpaksa menemankan aku berfoot massage.Kalau boleh permergian aku ke sini tak boleh diketahui yuyi. Mana aku nak letak muka ni , baru dua minggu lepas dia bawak aku menyerah  kaki di sini tapi belum pun sampai sebulan aku menyerah kaki di sini sekali lagi..Hambekk ko terlebih sental sampaikan tapak kaki aku pedih giler. Kelakar... akhir sekali  aku yang gatal mulut bagitahu yuyi : ) Alah anak dengan mak mana ada rahsia.
 Tabah menunggu
 Tabah menungggu
 Hari dimana saya dilayan seperti tuan puteri katak

Hurmm Firdaus tak puasa aku ajak dia  makan nasi lemak  nyonya colors. Aku telan air liur



Tarikh : 23 July 2013, Selasa
Lokasi : Komuter, Klinik Kesihatan PK, Jaya Jusco Bukit Tinggi
Peristiwa : Jalan-jalan  cari pasal



Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .