Malam tadi aku sedikit bizi. Balik je terus masak untuk makan malam sambil menyambil membasuh kain baju bertimbun-timbun Syukur Alhamdulillah dalam masa tak sampai 3 jam segala urusan aku beres. Selepas segala urusan beres aku pun terus masuk ke bilik termenung untuk mandi koboi. Selepas mandi koboi dan menguruskan diri , aku terus masuk bilik . Masa tu adik tengah leka menyusun bongkah-bongkah kayu dengan lego.Aku tanya adik.
"Malam ni adik nak tengok cd tak?
"tak nak lah,! kenapa mak tanya? mak nak tengok cd ke,?" tanya adik sambil menyusun bongkah-bongkah kayu.
"ye, adik tolong bukakkan mak cd cite KIL." Malam tadi masuk malam kedua aku tengok cite tu.
"mak tengok cite KIL ni lagi? Adik tersenyum sambil memasukkan cd dalam cd/dvd player.
"ye. kenapa,? adik ada masalah ke? Aku senyum jer kat dia sambil membaringkan badan di atas katil.
"saja je,"jawab adik selamba
"adik!! lepas main simpan elok -elok mainan tu dalam bekas. Kalau boleh tolong tutupkan lampu tu sekali ye.Mata mak ni cepat silau."
Dalam tengah aku leka melayan siaKIL adik cakap nak makan nasi.Aku yang sedang asyik mashyuk melayan siAkil seolah-olah tidak mahu berganjak walau selangkah pun.......
"mak!!adik nak makan, "jerit adik dari dapur.
"okey!!I'am coming." Aku bergegas keluar bilik menuju ke meja makan. Aku cedukkan nasi dengan lauk untuk adik. Demi AKIL aku paksa adik makan kat dalam bilik. LA LA LA LA LA
Adik yang pandai buat sepah tapi liat nak kemas
Terkangkang
Tengok KIL sambil mengudap keropok kacang hijau
Hero yang tidak perlu aku perkenalkan lagi
Dalam filem ada filem