Monday 15 July 2013

Sahur pertama ; juadah bersahur cum juadah berbuka ; ayam panggang mudah dan simple

Dalam  bulan puasa selalunya  aku akan bangun lebih awal setiap hari  untuk menyediakan juadah bersahur . Pilihan menu bersahur aku ikut mood , kalau rajin aku akan sediakan dua hidangan iaitu sambal ikan atau ayam  tak pun sardin goreng dan sayur goreng . Paling malas  sekali pun aku akan buat nasi goreng . Untuk berbuka  aku hanya beli di pasar ramadhan berdekatan dengan rumah  terutama pada hari bekerja. Aku akan memasak sendiri juadah berbuka bila ada kesempatan pada  hujung minggu.

Setiap kali bulan ramadhan rasa janggal pulak tak bercerita mengenai juadah bersahur dan juadah  berbuka puasa. Biarpun cerita juadah bersahur ni dah 5 hari  berlalu tapi aku dengan rasa redah diri dan muka tak tahu malu masih tetap nak canangkan kat sini. Ada aku kesah ke ke ke?
Bahan -bahan mentah, kering dan basah
Bahan untuk perap ayam panggang ; Bahan kisar, gula merah dan cili kisar
Ayam yang dah siap sedia untuk dipanggang mengunakan chefal
Ayam panggang mudah dan simple sedap dicicah bersama sos cili buatan sendiri
Hidangan kedua  sayur kacang buncis goreng
Bahan-bahan untuk perap ayam seekor  
1)1 cm kunyit hidup 
2)5 ulas bawang merah 
3)4 ulas bawang putih
4)2cm halia semua bahan dikisar
5)4 sudu besar cili kisar 
6)santan dari  sebiji kelapa 
7)6 helai daun limau purut 
8)3 batang serai -dititik 9
9)  sudu besar gula merah  
Garam secukup rasa
Cara meyediakannya 

1)Perap ayam dengan semua bahan  
2))Biarkan selama  satu jam-Perap lebih lama akan meninggalkan rasa yang lebih enak
3) Apabila selesai diperap pangganglah ayam hingga masak

Bahan-bahan untuk sos pencicah

1)6 biji cili besar merah
2)2 ulas bawang putih
3)1/2 inchi halia
semua bahan dikisar halus
Cara menyediakannya
1)Masak bahan kisar bersama dengan 200 ml air-kacau sentiasa  dan biar agak mendidih
guna api sederhana
2) Masukkan sesudu besar cuka untuk memberi rasa masam pada sos
3)Masukkan gula dan sedikit serbuk perasa .Pandai-pandailah seimbangkan rasa
4)Pekatkan sos pencicah dengan sesudu kecil bancuhan tepung jagung atau tepung ubi


Tarikh : 10 July 2013 , Rabu
Lokasi : Rumah
Peristiwa : Sahur pertama









 Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .



Pengikut Tegar : )