Minggu lepas hari khamis masa aku pergi beli ikan kat kedai acheh aku ternampak ketam. Aku belek -belek, nampak fresh ketam tu .Terus aku suruh pekerja tu timbang 6 & 7 ekor ketam yang bersize agak besar dan berat. Aku dah set dalam otak aku ketam black pepper yummy .

6-7 ekor ketam bunga
Bahan-bahannya
1)ketam disiang (yang mana patut) kemudian dibersehkan dan dibelah dua
kalau boleh ketukkan sedikit bahagian kaki ketam yang besar dan agak keras .
kalau boleh ketukkan sedikit bahagian kaki ketam yang besar dan agak keras .
2)halia sebesar ibu jari -dihiris bulat-bulat
3)sebiji bawang besar holand-dihiris bulat-bulat
4)5-6 ulas bawang putih-diketuk dan di buang kulit
5)3-4sudu besar lada hitam kisar
6)3 sudu besar sos tiram
7)5-6 besar sos cili
8)300 ml air
9) 2 tangkai daun bawang dan setangkai daun sup -dihiris
Cara menyediakannya
1)Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan hiris hingga naik bau
2)Tumiskan sos tiram diikuti dengan sos cili-kacau sekejap
3)Masukkan ketam diikuti dengan lada hitam kisar (tutup kuali dan kacau sekejap-sekejap hingga ketam masak)
4)Masukkan air dan kacau sekejap
5) Sebelum diangkat taburkan hirisan daun bawang dan daun sup
5) Sebelum diangkat taburkan hirisan daun bawang dan daun sup
Tarikh : 18 July 2013, Khamis