InsyaAllah setakat ni aku tak de masalah nak bangun awal untuk menyediakan juadah bersahur sebab kalau bukan bulan puasa pun memang aku bangun seawal pukul 4.30 pagi. Cuma pagi tadi je aku tak masak juadah untuk bersahur . Korang tahu tak hari ni hari apa? hari ni hari selasa korang tahu tak dah dekat seminggu kita berpuasa yeah yeah yeah .Tapi kan tapi kan dah dekat seminggu kita berpuasa entah kenapa pagi ni aku rasa malas nak masak untuk sahur, aku just perhangatkan juadah berbuka puasa. malam tadi
Aku dera Firdaus makan kurma dan buah sebelum menjamah nasi..........stok mak tiri bawang merah
Firdaus nampak lemau masa bersahur
Bahan-bahan untuk membuat nasi goreng kampung
1)Anggaran semangkuk /seperiuk sederhanan nasi sejuk atau nasi baki malam tadi digaul dengan sedikit garam
2)Segenggam ikan bilis dibasuh dan dikisar sederhana halus
3)lebih kurang segenggam cili api merah dikisar halus (kuantiti cili ikut suka hati masing-masing)
4)7 biji bawang merah dihiris dan dikisar sederhana halus
5)suku cekak kangkung- disiang , berseh dan dituskan
5)dua biji telur
6)serbuk perasa secukupnya
Cara menyediakannya
1)Panaskan minyak dan tumiskan bawang kisar hingga naik bau
2)Masukkan cili api kisar dan tumis hingga pecah minyak
3)Masukkan ikan bilis kisar dan kacau sekejap
4)Pecahkan telur dan kacau hingga masak
5)Masukkan kangkung-kacau hingga sayur separuh lembut
6)Masukkan nasi sejuk-gaul rata dan tekan nasi supaya tidak berketul-ketul
7)Sebelum diangkat, masukkan serbuk perasa secukupnya -
Masa menumis guna api sederhana dan sentiasa kacau
Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .