Showing posts with label sawi batang putih goreng dengan bawang putih. Show all posts
Showing posts with label sawi batang putih goreng dengan bawang putih. Show all posts

Sunday, 11 May 2014

Daging black pepper ; resepi mudah dan sedap ; Koleksi juadah kegemaran keluarga

Aku tahulah hari ni hari ibu, tapi tak payahlah tajuk  cerita kat tv tu  nak jugak tajuk berkaitan dengan ibu.Kelakar pulak aku tengok.Dari semalam aku perhatikan,kalau tajuk ceritanya tak de ibu, mama pun jadi.ha ha ha biasalah tu hari ni musim hari ibu, esok lusa musim hari bapa, tulat musim hari kekasih.Tapi ketahuilah cinta kasih sayang seorang ibu,mummy,emak,umi tu tiada bermusim....I miss u so much mak cehhh wahhh.Semoga arwah mak tenang dan damai di sana dengan rahmat Allah SWT

Salah satu tanda cinta kasih sayang seorang ibu,mummy,emak,umi  kepada  anaknya ; masakan : )
1/2 kilo daging lembu liatnya boleh tahan,ni first time aku beli daging kat pasar malam,selalunya aku beli kat pasar pagi. 

Dah namanya daging black  pepper wajiblah ada black pepper kisar

Bahan-bahan
1)1/2 kilo daging lembu[dicuci berseh dan dipotong sederhana besar]tengok jenis daging kalau rasa daging jenis liat rebuslah dulu daging tu sampai empuk.Simpan air rebusan daging
2)dua ketul halia sederhana besar[dihiris bulat]
3)8 ulas bawang putih [dihiris nipis]
4)6 tangkai cili api dibelah dua  [Jika suka boleh bubuh cili api]
5)3 sudu besar sos tiram
6)1 1/2 sudu besar lada hitam kisar
7)2 tangkai daun bawang[dikerat 1 cm]
8)garam secukupnya[:)be careful dgn garam,sos tiram dah masin]*tangan letak kat dada mata ke atas*
9)air rebusan daging
Cara menyediakannya
1)Panaskan minyak ,tumis hirisan bawang putih dan hirisan halia hingga naik bau
2)Masukkan cili api, lada hitam kisar ,daging serta sos tiram.Kacau sekata
3)Masukkkan air rebusan daging,masak hingga daging empuk dan kuahnya sedikit pekat
4)Sebelum diangkat perasakan dengan sedikit garam dan taburkan diatasnya daun bawang .

Daging black pepper

Sawi batang putih goreng bawang putih








Tarikh : 8 May 2014, Khamis
Lokasi : rumahku syurgaku







Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Saturday, 6 July 2013

Resepi gulai ayam makcik lazi terbaek ; idea kreatif untuk juadah berbuka puasa-part 1

Baca boleh percaya jangan, memang tak de maknanya aku nak memasak gulai ayam untuk  juadah berbuka puasa.  Percayalah juadah berbuka dan bersahur keluarga kami simple je. Selalunya pada hari bekerja aku main tunjuk-tunjuk je   juadah berbuka puasa kat pasar ramadhan, tapi bukan sebarang  tunjuk tunjuk.Tunjuk aku tunjuk tunjuk berhemah bawah  RM15 saje.Selalunya aku beli nasi tomato atau nasi ayam , jarang sangat aku beli lauk pauk.  InsyaAllah Jika ada masa terluang terutamanya dihujung minggu aku tidak akan melepaskan peluang untuk menyediakan makanan untuk berbuka puasa seisi keluarga . Apa yang bestnya setiap kali bulan puasa aku tak pernah miss untuk menyediakan juadah bersahur. Dan untuk sahur selalunya aku masak lauk yang kering dan  simple je macam sardin goreng atau ikan goreng sambal . Anak-anak aku ni tak berapa suka makan sahur dengan lauk berkuah  kecuali suami .

Sebelum menjelang bulan puasa mulalah tekak aku ni banyak sangat mintak tapi yang peliknya masa  puasa nanti pandai pulak tekak ni behave sampai tak lalu nak makan. Hari khamis minggu lepas pagi-pagi buta lagi tekak ni nak mintak  lempeng kelapa cicah gulai ayam. Suami aku pun naik pelik pagi lagi aku dah kelekang kelekung kat dapur  .Ada aku kesah??

Bahan -bahan kering sengaja  aku lambakkan  atas meja supaya  senang aku  nak buat kerja mengupas , menghiris bagai.
Bahan-bahan untuk  gulai ayam sekor

1)ayam sekor dipotong  16 atau sederhana besar-dibersehkan dan digaram kunyit
2)600ml santan cair dan  200 santan pekat
3)dua sudu besar kerisek
4)4 biji ubi kentang-dikupas kulit dan dibelah dua
5)sekeping asam keping
Garam,sedikit gula melaka/kabung dan serbuk perasa secukup rasa

Bahan kisar A
1)15 tangkai cili kering -direndam dan dituskan
Bahan kisar B
1) 8 ulas bawang merah
2)4 ulas bawang putih
3)2 cm halia
4)1 cm kunyit hidup
5)lengkuas sebesar ibu jari
Rempah basah
1)5 sudu besar rempah kari ayam
2)1/2 sudu besar serbuk ketumbar
3)1/2  sudu besar serbuk  jintan manis
dibancuh dengan air
Bahan penumis
Cara menyediakannya
1)Panaskan minyak, tumis bahan penumis hingga naik bau
2)Tumis bahan kisar A hingga pecah minyak
3)Tumis bahan kisar B hingga naik bau
4)Masukkan ayam, kerisek dan ubi kentang-biar ayam kecut sekejap
5) Masukkan santan cair  dan tambah air jika perlu-biar sampai kentang empuk
6)Setelah ayam masak dan kentang empuk barulah masukkan santan pekat  -kacau dan biar mendidih sekejap
7)Masukkan garam, sedikit gula melaka dan serbuk perasa.Pandai-pandailah seimbangkan rasa.

Masa menumis gunakan api sederhana dan sentiasalah kacau

Gula melaka penambah rasa gulai ayam 
Gulai ayam Idaman kalbu







Aku ada kerja yang perlu dibereskan dan terpaksa berhenti setakat ni  InsyaAllah malam nanti kita sambung reading reading writing writing  ya: )














Tarikh : 27 June 2013, Khamis, yeah yeah masa ni aku cuti
Lokasi : rumah sendiri
Peristiwa : Juadah makan tengahari







Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Wednesday, 6 March 2013

Asam tumis ikan mayong, masak-masak hujung minggu

Alangkah indahnya dunia kurasa  bila sekali sekala  dapat berkumpul bersama-sama anak  sambil menikmati hidangan yang aku masak .Masa tu terasa hilang segala sakit dan penat lelah.  *bajet keluarga ramai*haktuii. Percaya tak jika kita  lakukan sesuatu yang kita minat atau lakukan sesuatu kerja tanpa dipaksa kita tak akan rasa penat jauh sekali rasa malas. Lagilah kalau untuk orang tersayang ye dak? sampai bila-bila  aku ingat pesan suami  bersyukur dengan apa yang kita miliki  sekarang .Syukur Alhamdulillah walaupun aku tak berapa nak  kaya tapi aku rasa bahagia dengan kehidupan sebagai  isteri dan ibu kepada 4 orang anak. Sekarang ni aku masih berusaha untuk menjadi   seorang ibu yang  mendidik anak  dengan perhatian cinta dan kasih sayang  kerana aku tahu  makanan sedap boleh menjadi basi , harta benda boleh pudar cuma  perhatian dan kasih sayang saje yang tidak  pernah pudar dalam dunia ni.*apa yang kau merepek ni labu *

Jom tengok aktiviti hujung minggu aku

Menyediakan bahan-bahan sebelum memasak sesuatu menu hidangan adalah perkara wajib aku buat
Sawi batang putih adalah salah satu sayur  feveret anak-anak  aku
Sawi batang putih ni aku goreng dengan bawang putih dan sos tiram, aku masak sekali  sepaket.

1)siang sawi cuci berseh dan tuskan
2)Panaskan sedikit minyak , tumis hingga naik bau dan layu-guna api sederhana
3)Masukkan 2-3 sudu besar sos tiram-tumiskan sekejap
4)Masukkan sawi batang putih -kacau perlahan secara hingga kesemuanya bergaul-guna api kuat
5)Sebelum angkat masukkan lebih kurang 100ml air
6)Tutup api dan sedia dihidang


Makan sayur elok untuk  melancarkan buang air besar di waktu pagi , tak percaya udah

Bahan -bahannya

1)lebih kurang 10ketul ikan mayong(kepala , ekor dan isi)

2) 20-25 tangkai cili kering digunting kecil kemudian direndam dalam air panas , 5 ulas bawang merah kecik, 4 ulas bawang putih, 1 inchi halia,1/2 inchi kunyit dan 1 inchi belacan
 


Dikisar basah 

3) asam jawa dibancuh ngan 700ml-1000ml air(air asam jawa biar sedikit cair , takut nanti terlebih pekat kuah menjadi terlebih masam)


4)1 tangkai daun kari


5)2 batang terung-dipotong ikut suka


6)ikan mayong  tadi dibersehkan dan digaram kunyit

  
Cara menyediakannya

1)Panaskan minyak,tumis daun kari dan bahan kisar hingga naik dan pecah minyak-guna api sederhana 

2)Masukkan air asam jawa -biar hingga  agak mendidih

3)Masukkan terung-Biar terung  sederhana empuk 

4)Masukkan ikan mayong-biar hingga ikan masak

5)Perasakan dengan garam secukupnya dan  secubit kecil serbuk perasa

6)Tutup api dan sedia dihidang

Salah satu masakan feveret yuyi
Ikan goreng bawang putih, resepinya lebih kurang sama dengan ayam goreng mengcongkam jiwa raga


Kuah asam tumis ikan mayong dengan terung



Setakat ni saje yang boleh aku ceritakan buat masa ni...InsyaAllah kita jumpa lagi







Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .