Masa aku tengah hazab menahan sakit peot nilah dia sibuk nak tanya soalan yang bukan-bukan. . Pakkal suami, kalau orang lain dah lama aku hempuk. Susah sangat ke nak paham orang peot?Kalau tak faham ,duduk je diam diam di situ . Itu satu hal , yang satu hal lagi aku benggang, tadi masa nak turun pantry makan ubat tahan sakit ada seseorang mengekori aku dari arah belakang. Pucat juga aku masa tu. Sebaik saje aku tolak pintu pantry , seseorang tadi ikut masuk sekali dan menonong bukak pintu peti ais. Motip orang jantan bukak peti ais dalam bulan posa?&$*. Ekceli aku tak pedulik pun depa nak bukak peti ais dalam bulan posa ni cuma aku tak berapa nak berkenan dengan orang jantan yang suka menyibuk hal orang betina. Ikutkan hati mahu je aku sepak budak tu masuk dalam peti ais.
Tinggalkan sekejap cite pasal peot ye. Minggus lepas hari jumaat yuyi bawak aku cari baju raya ,stok stok datin Sally kat Optimo dan Peace collection Alam Sentral je.. bila vip, vvip dato dan tans sri sakit perut masuk toilet gak jadi takde hal lah kalau datin sally nak shopping di kedai baju besa-besa yang tumbuh macam cendawan tumbuh selepas hujan kat Alam sentral ni.
Raya tahun ni adik dengan abang pasti nampak bergaya macam Aaron Aziz : )
Datin Sally ada bagitahu yuyi yang datin hanya pakai tudung yang rega bawah RM30.Kebetulan masa Yuyi pergi JAKEL beli baju melayu untuk gula-gula hacks dengan Firdaus dia ternampak Ariani tengah sales jadi dia belikan aku sekali 3 helai tudung Ariani.
Abaikan peta Australia dibelakang tu, sila fokus kepada Model Ariani saje
tauke peace collection tengah kira untung rugi syarikat
Abaikan yang lain , sila fokus kepada model peace collection
gula-gula hack, abaikan kepala firdaus tu
baju raya datin sally cum baju kerja.ko mampu ke?
Persiapan Hari Raya salah satunya gunting rambut
Kedai gunting rambut area rumah yuyi.Gula-gula serasi gunting rambut kat sini.
Tarikh : 26 July 2013 & 27 July 2013 Jumaat&Sabtu
Lokasi : Malaysia
Peristiwa : shopping, gunting rambut
Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .