Biasanya kalau aku tak masak aku tapaukan untuk Firdaus dengan suami nasi ayam tak pun aku ajak suami makan kat luar . Tekak aku dah sampai ke peringkat muak dengan ikan ,ayam atau apa saje makanan laut makanya tetiba je tekak aku ni meronta-ronta nak makan sambal ikan bilis.Biarpun aku dah lama tak masak namun bukan bermakna sekali sekala masak aku kena masak lauk pauk yang gah. Alah aku masak yang simple-simple je dah semestinya masakan yang mengikut selera tekak aku dan anak-anak.Suami aku tak kisah dia hadap je apa yang aku masak dengan syarat masakan aku tu tak terlebih garam.
Aku masak goreng timun, sambal ikan bilis dan telur dadar bawang lepas tu petangnya pulak aku buatkan anak-anak butter kek.
Bahan-bahan
1)sebatang timun dikupas kulit kemudian dibuang empulur-potong ikut suka kalau boleh biarlah sedikit nipis(cuci sebelum dikupas kulit)
2)dua sudu besar taucu cap bilal-hancurkan
3)5-6 ulas bawang putih-ketuk dan kupas kulitnya
Cara-cara membuatnya
1)Tumis bawang sampai naik bau dan bertukar warna kekuningan dan kecoklatan *jangan hangit udah*
2)kemudian tumis taucu hingga naik bau-guna api sederhana
3)Masukkan timun -kacau dan kaup balik hingga lembut-guna api sederhana
4)sebelum angkat masukkan sedikit air-kacau dan kaup balik kemudian bolehlah diangkat
Timun goreng taucu ; tedap
Telur dadar bawang
Bahan-bahan1)15-20 tangkai cili kering yang direndam dalam air panas dikisar bersama 5 biji bawang kecik dan sedikit belacan
2) asam jawa sebesar ibu jari dibancuh dengan 200 ml air
3)sebiji bawang besar dihiris nipis
4)gula, garam dan secubit kecil serbuk perasa
Cara-cara membuatnya
Panaskan minyak dalam kuali .Tumis sampai pecah minyak dan naik bau cili yang dikisar bersama 5 biji bawang merah kecik dan sedikit belacan. Bila cili tadi dah pecah masukkan pulak air asam jawa. Biar sambal agak mendidih -Gunakan api sederhanan masa menumis Masukkan garam disertai dengan gula dan secubit kecil serbuk perasa . Akhir sekali masukkan hirisan bawang besar , Kacau kaup balik kemudian tutup api dan masukkan ikan bilis goreng.
Jeng jeng nilah dia sambal ikan bilis aku *macamlah orang kat luar sana tak kenal sambal ikan bilis*
*********************
Petangnya pulak aku buatkan butter kek untuk anak-anak, dorang ni suka makan butter kek terutama yuyi. Terasa amatlah lamanya aku tak membaking kek. *dasar pemalas*
Bahan -bahan untuk butter kek ni simple je
1)250 grams tatura salted butter
2)150 grams castor sugar
3)250 gram self raising flour
4)4 biji telur(suhu bilik)
5) dua sudu besar fresh milk
Cara-cara membuatnya
1)Pukul butter dengan castor sampai kembang dan gebu
2)Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus memukul hingga kembang
3)masukkan self raising flour sedikit demi sedikit sambil memukul menguna mesin pemukul pada tahap 1
4)Akhir sekali masukkan fresh milk sdikit demi sedikit sambil memukul
5)Rehatkan adunan kek dalam masa 20 minit
6)Bakar selama 35 minit dalam suku 180 darjah celcius
Satu adunan dapatlah menghasilkan dua loyang kecil butter kek
Kek yang dah siap dibakar jangan terus keluarkan dari oven
Tangan ku yang tak berbendung ni bukannya tahu nak buh elok-elok kertas pelapik tu, nampak sangat senget benget : (
Cubalah buat kek ni sedap budak-budak mesti suka makan .
Sekian saje cerita aku dan aktiviti memasak pada hujung minggu
Ikhlas dari makcik tempe yang hanya memasak pada hujung minggu sahaja : (
Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .