Tuesday, 5 March 2013

Tak de rotan akar pun berguna...........kalau tak de udang sambal belacan pun jadi, Nasi goreng sambal belacan ikan bilis terbaek


Pada suatu petang yang damai......sedang aku memerah otak berfikir nak masak apa untuk juadah makan malam.Tiba-tiba aku teringat saki- baki sambal belacan yang tersimpan rapi dalam peti ais, maka tercetuslah nasi goreng sambal belacan ikan bilis.The moral of the story, lain kali kalau ada saki baki sambal belacan tu jangan dibuang simpan dalam peti ais.Macam-macam boleh dibuat dengan sambal belacan, kita boleh buat sambal ikan goreng atau sambal ikan bilis goreng tak pun digorengkan dengan sayur peria, kacang panjang atau kangkung pendek kata bermacam-macam lagi lah yang boleh dibuat dengan sambal belacan

jom layan nasi goreng sambal belacan ikan bilis 

Bahan-bahan untuk membuat nasi goreng sambal belacan ikan bilis

1)5 ulas bawang merah & 5 ulas bawang putih -dikisar sederhana halus
2)ikan bilis sengenggam-basuh berseh kemudian kisar sederhana halus
3)dua biji telur 
4)dua sudu besar baki sambal belacan
5)nasi sejuk
6)5-6 tangkai sawi hongkong-siang, cuci  berseh dan tuskan.
7)garam dan secubit  kecil  serbuk perasa

saki -baki sambal belacan

Sawi hongkong 5-6 tangkai

Cara menyediakannya


1) nasi digaul rata   dengan sedikit garam
2)Tumis bahan kisar (1) hingga naik bau dan pecah minyak-guna api sederhana
3)Tumis bahan kisar(2)-guna api sederhana
4)Tumis baki sambal belacan-guna api sederhana 
5)pecah kan dua biji telur tadi -biar hingga sedikit garing
6)Masukkan sawi hongkong-kuatkan api
7)Masukkan nasi yang dah digaul rata dengan garam-kacau nasi hingga semua bahan tumis bergaul -guna api besar
8)Bila nasi goreng dah mengeluarkan aroma  nasi goreng  masukkan secubit serbuk perasa kemudian  barulah diangkat dan dihidangkan


Jangan lupa goreng nasi sehingga mengeluarkan aroma bawang dan ikan bilis
Nasi goreng sambal belacan ikan bilis yang mabeles *naik lif tekan sendiri*
Ikan gelama belah masin makan dengan nasi goreng sambal belacan ikan bilis, perghhhh



Setakat ni saje untuk hari ni, InsyaAllah kita  jumpa lagi.......................


Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .