Efa tak bersalah, Efa sekadar mencari sesuap nasi dengan merapi dan mengunting rambut.Jangan hina dan pelekehkannya hanya kerana dia seorang lelaki yang sifat nalurinya lebih kepada keperempuanan. Efa , pada suatu hari pernah didatangi oleh 3-4 orang makcik hanya sekadar untuk melemparkan kutukan dan hinaan terhadap dirinya.Begitulah luahan Efa ketika dia segera menukar skirtnya dengan kain
batik sarung apabila melihat aku tertinjau-tinjau ditingkap salonnya. Dia mengakui yang sudah lali dengan persepsi sedemikian. Aku dengan yuyi sedikit tercenggang. Aku kata padanya "saper makcik nak judge kau.Sesiapa pun dari kita hanya hamba Allah yang lemah." Tak tau kenapa tiba-tiba je hati ni sayu, sedih dengan segelintir manusia yang memiliki sikap ujub menganggap dirinya mampu menafsir..seringkali kesilapan yang segelintir dijadikan sumber kritikan.Perbuatan mencemuh, merendah-rendahkan dan mencaci-maki bukanlah cara yang terbaek untuk mengajak orang lain berubah kearah kebaikan. Yang penting, bersangkalah baiklah pada mereka & nasihatilah mereka dengan cara berhikmah.
Tengahari semalam, masa Firdaus sedang bersantai memelikatkan diri dengan kain pelikat (ko mampu umur 8 tahun lagi dah pandai pakai kain pelikat kat rumah, ayah dia pun tak pakai kain pelikat kat rumah) yuyi ajak temankannya ke salon rambut Efa.
Jeles!!!,Firdaus ni tak boleh tengok kalau aku ambik gambar gula-gula hacks nanti mulalah dia nak menyelit dimana-mana.
Jelas riak muka yuyi amat berpuas hati dengan sentuhan Efa.Bak kata yuyi "I love u lah Efa"
La dia lagi.............................
Efa setakat ni belum pernah mengecewakan yuyi, InsyaAllah yuyi dia akan stay potong rambut dengan Efa.
Jangan pandang sepi.............ko mampu siap ada signboard
Tarikh : 24 March 2013-Ahad
Lokasi : Salon Efa
Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .