Jom tinjau cerita di bawah ni..............
Minuman Soda Gembira sentiasa membuat hati peminumnya gembira
Budak yang makin besar makin pandai makan pedas.harus dikawal mulai dari sekarang
Yuyi suka makan bakso tapi entah kenapa dia rasa bakso yang ini macam tak best.
Ha ha ha kasihan yuyi . Macam manalah bakso tu tak best . Aku tersalah ambik cili aku terambik MILD sambal cili patutlah tak cukup umphhhh . Yuyi suka makan HOT sambal cili .Abaikan muka muncung yang tak dapat makan pedas +++.
*********
Balik dari Harbour Place yuyi ajak singgah sekejap kat Pizza Hut Kota Kemuning.Aku perhati je dia ni. Baru sekejap tadi makan bakso dan sekarang ni dia nak tapau pizza bawak balik rumah dia pulak ????.
Duduk melangut sementara menunggu pizza siap
Aku dengan yuyi makan salad
********
Firdaus sempat berposing sementara menunggu yuyi dengan gula-gula hacks memanggil security guard membuka pintu dewan badminton
"akak !abang! cepatlah, Firdaus dah tak sabar nak main badminton." Cayalah semangat bagai api.
"Datuk Lee Chong Wei, saya harap malam ni awak dapat kalahkan Lin Dan." "Apa yang kau merepekkan ni Labu, siapa itu Lin Dan ?lawyer, Hakim , majistret ????????????
"Pelapis Datuk Lee Chong Wei"
Pelapis Datuk Lee Chong Wei sedang mendengar penerangan dari jurulatih badminton
Ajaran sesat mana ni main badminton tak pakai kasut
Ni Lin Dan ke Datuk Lee Chong Wei .Konpius
Datuk Lee Chong Wei konsisten, bukti dia masih berbisa
Ada gayalah pemain pelapis badminton negara ni.....
Datuk Lee Chong Wei memang suka buat kolar t-shirt macam tu yek????
Jurulatih badminton sedang memberi tunjuk ajar kepada pemain pelapis badminton negara.haktuiiii
Disebabkan dah lama tak melakukan aktiviti riadah , tak sampai 20 minit main badminton aku dah semput.
Masing-masing terjun ke dalam kolam renang selepas penat beraksi di gelanggang badminton
Muka keras ada hati nak meniru gaya artis yang berposing dalam majalah mangga : )
Adik yang sedang membuli abang
"anak-anak........ jom kita balik, hari dah malam nihhh."
Tarikh ; Sabtu 16 Mar 2013
Lokasi ; Waroeng Penyet, Harbour Place
Pizza Hut Kota Kemuning
Dewan badminton & kolam renang Rumah yuyi
Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .