Kalau betul-betul terdesak nak beli barang keperluan dapur bolehlah singgah kat Nigella Grocers satu-satunya kedai runcit yang ada di sini. Kebetulan dalam peti ais aku dah kehabisan stok butter maka aku pun redah jelah dalam Nigella. Pada mulanya yuyi nak ikut sekali tapi memandangkan dia dah nampak kelibat kawannya di situ , terus dia tak mahu ikut.Dia memang suka mengelak diri dari bertemu dengan kawan. Dia bukan sombong , dah memang habit dia macam tu.Aku pun hati gembira...bukan kepalang ..dia tak ikut masuk : )motip nanti tak delah orang yang menyibuk nak bayarkan barang yang aku beli.InsyaAllah selagi ada kudrat aku berusaha nak beli dan bayar sendiri.nampak complicatedkan, tapi kitaorang okey je...........
Kalau dah ke Harbour Place , tak sah rasanya tak singgah ke Daiso.
Adik suka mengapak Akak. Akak suka bebenor melayan kemahuan adik. Aku pulak menahan geram melihat kerenah mereka berdua ni.
Sesi melayan adik dia tengah rambang mata tengok cermin mata.
budak ni minggu depan nak ambik periksa undang-undang kali ....jeng jeng
Arghhh geramnya dengan yuyi ni, atas esklator pun dia nak melayan keranah Firdaus
Singgah Thai Salam sebentar untuk mengisi perut .
Muka budak nak mintak debik
Pening kepala yuyi, tak tahu nak order apa?fikir punya fikir, akhirnya kitaorang sebulat suara nak order makanan yang simple je.
sentuhan effa
Gula-gula hack order kuey teow kungfu
Firdaus dengan nasi goreng cina tak dapat dipisahkan
Aku order bihun tomyam
Yuyi tak nak minum air sejuk , dia nak kempeskan perut : )
Tarikh : 24 March 2013-Hari Ahad
Lokasi : Harbour Place
Thai Salam
Daiso
Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .