Sunday, 3 March 2013

Rock 00 ; Rimba Bara terbaek ; good job Mamat Khalid

Ini je gambar yang aku dapat kongsikan, kah kah sorrylah wa keluar panggung wayang dekat nak pukul 12.30 malam, masing-masing dah mengantuk .Pada masa tu  dah tak ingat nak ambik gambar,di kepala hanya ingat bantal sahaja.


Sabtu Ahad yang paling buat aku benggang.Benggang , melayan keranah penyewa rumah  yang buat havoc dulu sebelum berambus keluar dari rumah sewa  dan lagi satu yang buat aku benggang  bila aku     menerima berkali-kali  panggilan dari pakcik yang menyibuk nak untung atas angin dengan mencarikan aku penyewa melayu  , aku pening kepala sampai semua benda jadi tak kena.  Aku konpius apa pasallah rumah sewa arwah ayah aku yang sekangkang kera tu menjadi rebutan penyewa. Rimas dengan pakcik yang tak jemu-jemu  nak call aku nak bertanyakan pasal rumah sewa. Satu panggilan dia pun aku tak jawab . Aku tak minat nak cakap apa-apa , aku suruh suami aku yang setelkan .Tapi tadi aku nampak suami aku macam cakap dengan seseoarang melalui telefon  aku dengar  dia  bagitahu  kat orang  tu , buat masa sekarang ni aku tak   berminat nak sewakan rumah tu pada sesiapa selepas penyewa terdahulu buat hal. "haish suami aku ni macam tahu je niat aku."kata  aku dalam hati.


Malas nak serabutkan fikiran aku, biar rumah sewa tu jadi rimba bara .kah kah kah ko tunggulah rumah sewa tu sampai lebam , kau call lah sampai lebam , hari sabtu syok syok je aku lepak rumah anak aku , malam minggu aku pergi tengok wayang dengan anak-anak cerita Rock  OO Rimba bara. Yang penting masa keluar panggung yuyi cakap kat aku "mak, aku ketawa sampai keluar airmata." Malam tu semua orang suka gilerrr tengok filem tu dan rata-rata  penonton siap bertepuk tangan bila habis cerita . Terima kasih kepada Mamat Khalid kerana Filem  Rock OO Rimba Bara benar-benar mengembalikan nostalgia rock tahun 80an.







Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .