Monday, 4 March 2013

Gwyneth Paltrow's Feveret resepi ; Aneka resepi blueberries


Pertama kali membaca magazine Womens Weekly tempoh hari di rumah yuyi  , aku terpikat dengan  ruangan resepi yang ditulis oleh Gwyneth Paltrow , dimana resepi itu semua didikasikan untuk her  late father Bruce Paltrow *abaikan BI aku*. resepinya nampak menarik, kebanyakkan resepinya diperbuat dari bahan-bahan organic dan mengunakan buah-buhan segar seperti blue berries.

Makcik tempe tak delah tiru 100% resepi siGwyneth Paltrow ni, Kalau semua pakai bahan organic mahhu susut duit hasil jualan  tempe makcik.

jom layan kek butter blueberries makcik sebagai bekalan ke rumah Yuyi tengahari sabtu.

kira sendiri boleh tak?


Bahan -bahan  untuk separuh adunan  butter kek blueberries

1)125 gm tatura salted butter
2)80gm-100gm castor sugar
3)sedikit essen vanilla
4)2 biji telur(suhu bilik)
5)100 gm  self raising flour
6) sesudu besar fresh milk
7)50gm blueberries



Cara menyediakannya

1)Pukul butter dengan gula castor sampai kembang dan gebu
2)Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus memukul hingga kembang
3)masukkan self raising flour sedikit demi sedikit sambil mengacau ikut arah yang sama  menguna mesin pemukul pada tahap 1
4) masukkan fresh milk sedikit demi sedikit sambil mengacau ikut arah yang sama mengunakan mesin pemukul pada tahap 1
5)Akhir sekali masukkan blueberries-kacau sekejap mengikut arah yang sama mengunakan mesin pemukul pada tahap 1
6)Rehatkan  adunan kek  dalam masa 20 minit
7)Bakar selama 45 minit dalam suku 180 darjah celcius

Adunan kek yang sedia untuk dibakar
 
Separuh bawak rumah yuyi

Sepiring kek untuk makan bersama anak-anak
Gabungan kek butter dengan blueberries ternyata sedap sehingga menjilat jari



Cukup setakat ni nanti sambung.................



Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Facebook for female

facebook makcik suka masak

My bideo

My instagram

My instagram
skodeng jangan tak skodeng

Selamat datang