Sunday, 24 March 2013

bila tekak teringin nak makan kek pisang ; resepi kek pisang mudah dan ringkas tapi sedap

Malam tadi, masa suami aku sibuk mengemas kelengkapan memancing , tetiba  masa tulah  tekak aku ni nak makan  kek pisang. *Alasan*Nasib baiklah bahan -bahan untuk membaking kek dah ada di rumah. Kebetulan pulak dua hari lepas aku adabeli  pisang kat pasaraya.Maka  bila semua kelengkapan untuk membaking kek pisang mencukupi  , apa tunggu lagi jom kita buat kek pisang beramai-ramai.

Pisang ni aku beli kat Pasaraya Billion. Pisang ni tak bernama.Oleh kerana rupa bentuknya ala-ala pisang berangan  jadi aku bantai letak nama pisang berangan.
Dua biji pisang berangan yag sudah di lenyek hingga lumat
 Bahan-bahan untuk membuak kek pisang ni simple saje

1)150 gm butter-aku guna butter anchor
2)150gm gula castor
3)150 gm tepung gandum
4)1/2 tsp baking powder
5)1/2 tsp soda bicarbonate
6) 2 biji telur
7)1/2 tsp essen pisang
8)2 biji pisang berangan

Tepung gandum diayak bersama soda bicarbonate dan baking powder
dua biji pisang berangan dilenyek hingga lumat

Cara-cara membuat

1) Putar butter dan gula castor hingga kembang
2)Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus memukul hingga kembang
3)Masukkan tepung berselang-selang dengan pisang yang dilenyek sedikit demi sdikit , kaup dan balikkan hingga rata atau memukul mengunakan mesin pemukul tahap 1.
4)Masukkan essen pisang-gaul sebati
5)lengserkan tin pembakar , tuangkan aduanan ke dalam tin pembakar
6)Bakar pada suhu 180 celcius selama 30-40 minit
 Adunan kek yang sudah sedia  untuk dibakar
 
kek pisang yang 80 % hampir masak 

jeng jeng kek pisang yang sudah masak dan bersiap sedia untuk dingap ngap. Sedap sangat kek pisang ni *ek eleh! di ni naik lif tekan sendiri pulak*
 Tetiba je malam tadi sipolan ni tak nak pakai baju. Pelik pelik, selalunya kemain susah nak suruh dia tanggal baju.Dia sedang menikmati kek pisang dengan caranya tersendiri.
 Nampak gaya Firdaus ni macam suka je kek pisang , habis 3 ketul kek dia makan sorang.InsyaAllah sekejap lagi nak baking kek pisang, yang baking  malam tadi dah tinggal separuh.


InsyaAllah jumpa lagi..........


Tarikh : 23 March 2013 8.00malam
Lokasi : rumah sendiri






Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .