Salam syawal. Cerita semalam, hari sabtu, makcik macam malas je nak masak juadah tengahari .Ingat nak beli tapi tak tau nak beli apa. Pagi dah beli nasi lemak. Hurmmm tak nak pening2 pale pikir nak beli apa, baik masakkan, dah tentu2 lauk kita masak boleh makan dari tengahari sampai ke malam.
.
Ada 2 ekor ikan selar goreng baki 2 hari lepas, makcik goreng balik, makcik goreng sikit ikan talang masin, lepas tu makcik masak dalca sayur letak boneless mutton, makcik kuar sambal hijau .setel.syukur Alhamdulillah
.
Makcik mengunakan pressure cooker Dessini untuk memasak dalca sayur campur boneless mutton . Kerja memasak mengambil masa yg lama utk siap, terutama memasak makanan berasaskan daging atau kacang Tapi dengan adanya pressure cooker dessini makanan akan lebih cepat masak dan nutrisi didalamnya tetap terjaga.Harga mampu milik setanding kualiti
Makcik beli Dessini Italy 10IN1 Electric pressure cooker digital Non Stick, Stainless steal Inner pot rice cooker steamer(6L) hanya RM130 di tiktok shop. Sesaper nak beli boleh gi tik tok shop makcik dengan harga RM120 korang boleh dapat pressure cooker dessini sebiji mcm makcik punya. Jgn lepaskan peluang sementara tengah murah, beli sekarang kat SINI
.
Pressure cooker Dessini makcik beli dengan harga RM130
Bahan2 utk masak dalca sayur
Makcik guna button fried untuk menumis
Tumis bahan tumbuk, rempah kari hingga pecah minyak
Kacang dal bersama boneless mutton
Dalca sayur pressure cooker
Bahan2
500gram boneless mutton(basuh berseh)
200gram kacang dal (basuh berseh)-nak kurangkan pun boleh)
1/2 batang lobak putih
1/2 batang Lobak merah
2 biji kentang
9 batang kacang panjang
2 biji terung bulat
3 tangkai cili kering
2 keping asam keping
Air(cukup sekadar menutup semua bahan)
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
Halba campur
Daun kari
Rempah kari daging bancuh ngan air
Bahan tumbuk
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Masa menumis makcik guna button fried.Lepas bahan tumisan garing. Makcik cancel. Makcik masukkan mutton,kacang dal dan air. Makcik tutup, makcik guna button meat, dan masak 20 minit.Selepas 20 minit , keluarkan wap, bukak tutup periuk, makcik masukkan sayur2an, gula dan asam keping, sambung masak tekan button meat masak selama 15 minit.done.
Dalca sayur campur boneless mutton
No comments:
Post a Comment