Showing posts with label Juadah dan resepi. Show all posts
Showing posts with label Juadah dan resepi. Show all posts

Tuesday, 12 March 2024

Daging masak merah ala Thai. Mudah masak dan sedap

 7 Mar 2024 Khamis. Lama dah tak masak daging masak merah ala thai. Setiap kali  makan kat kedai tomyam asyiklah  dapat daging  keras. Tulah nak masak sendiri. Bahan2 semua cukup ,ada kat umah.



Daging masak merah ala thai 



sos tuk masak daging masak merah ala thai



Bahan2 tuk masak daging masak merah ala thai




Makcik beli daging  Aus chuck block kat AEON  , Insyaallah lembut. Rebus daging  selama 15 minit.Masa merebus letak sos labu thai  bagi daging jadi sedikit merah2 gitew.Takde sos labu thai boleh letak sedikit perwarna merah. Simpan sedikit air rebusan daging



Selepas 15minit angkat daging. Biar sejuk lepas  tu hiris daging nipis


Goreng daging seminit lepas tu angkat


Tumis bawang holand, bawang putih , daun limau purut dan serai hingga naik wangi dan layu



Lepas semua bahan layu, masukkan sos ikan, sos cili sos tiram, sos labu, sedikit air rebusan daging. Masukkan semua sayur.Biar kuah mendidih dan sayur lembut. Akhir sekali masukkan daging, cili api dan hirisan bawang holand.Perasakan ngan garam, gula dan perasa secukupnya.Masak dlm seminit , boleh tutup api .


DAGING MASAK MERAH ALA THAI
Bahan2
Daging (Makcik guna daging Aus chuck block dlm 300gram, conform lembut)
Sedikit air rebusan daging
Sos labu thai(makcik beli kat shopee)
Sos tiram
Sos ikan
Sos cili
Cili kisar
Daun limau purut
Serai
Bawang holand
Bawang putih
Cili api
Kobis bunga
Kacang panjang
Carrot
Garam, gula dan perasa secukupnya








Friday, 26 January 2024

Ikan tenggiri masak sambal cili kering tumbuk

 20 January 2024  Makcik kalau weekend jarang masak. Selalunya kuar beli lauk, balik umah masak nasi. Kalau malas kuar  ,  beli online je.

Bangun pagi ni, semangat makcik  wat brekpes cucur ikan bilis ngan sos pencicah. Tengahari masak ikan tenggiri sambal, semangat makcik masak sambal guna cili kering tumbuk.Masa tengah menumbuk, teringat masa zaman  remaja, mengiling cili guna batu giling. Rindu  moment tu..




Juadah hari ni timun goreng campur tempe goreng, ikan tenggiri sambal cili kering tumbuk



Hasil  pak akob gi ke laut. Syukur Alhamdulillah .Ikan tenggiri makcik gaul  ngan garam dan kunyit. 



Cili kering sebelum tumbuk,makcik rebus dulu



1/2 biji bawang besar ngan 2 ulas bawang putih tumbuk  halus, nak tumbuk kasar pun boleh, ikut suka korang



Nak bagi cili cepat lumat, tumbuk cili bersama  ngan 1/2 sudu  kecil garam 




Tumis  bawang yg dah ditumbuk lumat hingga agak garing

Setelah tumisan  bawang tadi agak garing , masukkan cili kering yg dah ditumbuk lumat. Masak cili hingga 3 kali pecah minyak. 3 kali tambah air. Perasakan sambal dengan garam secukupnya(jgn lupa masa menumbuk cili kering  kita dah letak garam jadi  pandailah adjust sukatan garam) Masukkan 1/2 sudu besar gula dan sedikit perasa. Akhir sekali masukkan  asam keping, diikuti ikan tenggiri goreng ngan hirisan bawang besar. Kacau kaup balik hingga sambal menyelimuti ikan.Siap, boleh tutup api.


Siap ikan tenggiri masak sambal cili kering tumbuk

 

Friday, 21 August 2020

Panas, panas ni sedap hirup sup

Assalamulaikum , korang wat apa tu???
Makcik tengah layan cite pelindung sorang puteri, tiberkan  makcik nak melayan cite melayu huk huk . Okeylah cite ni ada unsur suspen, saiko , seramm.hahaha.part mak mertua tak suka menantu je makcik kurang berkenan, cam krik2 je. Tu yg makcik tak tengok cite 7 hari mencintaimu.udah2 lah tu cite2 mak mertua tak suka menantu,  dah boleh simpan  dlm muzium dah cite2 mcm tu.......

Makcik suka masak awal, boleh rehat cepat. Pagi ni wat brekpes sandwich telur.Tengok pisang emas terbiar atas meja, makcik wat cekodok pisang plak. Atenya 2 menu sarapan kita pagi ni.hahaha

Menu tengahari makcik masak sup ayam campur kentang, celery, carrot lawan ngan sambal kicap, Makcik goreng sikit yu masin. Sebelum goreng makcik rendam dalam air panas utk kurangkan masin. Baki telur masin hari tu tinggal sebijik, makcik masukkan dlm rice cooker.

Bahan2 untuk masak sup ayam dan sambal kicap


SUP  AYAM
BAHAN2
Ayam dipotong sederhana besar
air secukupnya
batang seledri
lobak merah
Kentang
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk jintan manis
kayu manis
buah pelaga
bunga lawang
lada putih
Garam secukupnya
Daun saderi/daun sup dipotong kasar
.
BAHAN TUMBUK KASAR
Bawang  putih
Halia 
Bawang merah
.
Lepas tutup api  baru masukkan daun saderi/daun bawang
kaup  buih2 dan minyak dipermukaan sup


Sup ayam OTW

sup ayam siap

Juadah hari ni ,syukur Alhamdulilah

Wednesday, 15 November 2017

Nasi lemak sambal sotong kembang

Entri tertangguh ;  terbakar kawan aku sorang ni, dari  hari tu aku janji nak  up  resepi sambal sotong kembang sampai  la tak update. Okeylah, hari ni makcik update , tak buat siap dia.hehehe



Sambal  sotong kembang
Bahan2
2  ekor sotong kembang, disiat lendiran2 dan dicuci berseh kemudian potong ikut size yg korang  suka. Rebus sotong  dlm air dengan garam secukupnya hingga sotong lembut. 
1 cawan air asam jawa cair
2 cawan cili kisar[cili kering dikisar dengan 5  ulas bawang merah, 3 ulas bawang putih dan suku belacan]
1 biji bawang besar dipotong bulat
Garam, gula  dan serbuk perasa secukupnya 
Cara2
Panaskan minyak, tumis  1/2 biji bawang besar hingga naik bau.
Kemudian masukkan cili kisar dan garam secukupnya, masak hingga pecah minyak atas api sederhana.
Setelah pecah minyak masukkan air asam jawa , masak  hingga sambal sedikit pekat Kemudian masukkan sotong ,masak sampai sotong lembut . Akhir sekali masukkan gula dan serbuk perasa secukupnya . Pandai2 lah seimbangkan rasa. Kacau seminit  kemudian tutup api.



Balik kerja ingat nak makan nasi lemak, aku bukak tudung saji tengok sambal sotong dah licin licau, sedap  lettew kan






Monday, 31 July 2017

Dalca rusuk kambing tanpa santan ; langkah demi langkah


Takde cerita yang menarik pun nak dikongsi  kat sini. Cuma hari ni  entah kenapa tetiba hati  rasa resah & gundah .  Tak tahu nak buat apa tu yang   update blog. Mana tahu kan  dengan mengupdate blog  boleh meredakan keresahan dan kegundahan hati ni .

Hari sabtu cik yuyi bagitau teringin nak makan dalca sayur.  Dia cakap bahan-bahan nak masak dalca dia dah beli. Di beli sekali rusuk kambing, katanya suami dia nak makan dalca sayur campur rusuk kambing. Maka, hari minggu tu gigihlah  aku masak kan dalca rusuk kambing. Cik yuyi tak bagi aku buh santan. Aku okey je sebab arwah mak aku pun masak dalca tak buh santan. Logiklah kacang dal dah lemak tak payah buh santan pun takpe.



Dalca rusuk kambing aku judukan dengan  bayam goreng, sambal belacan dan ayam goreng rempah tandoori.

Dalca rusuk kambing tanpa santan
Bahan.bahan
1kilo rusuk kambing[buang lemak  dan cuci berseh]
300 gm kacang dal[rendam 2 jam]
4 sudu besar rempah kari[bancuh dengan air secukupnya]
1 tangkai daun kari
1 sudu kecil rempah/halba campur
2 biji buah pelaga & 2 kuntum bunga lawang
Garam secukupnya
1 cawan santan[tak masuk santan pun takpe]
Air secukupnya
Bahan hiris
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inchi halia
Bahan sayur[potong ikut citarasa masing -masing]
6 tangkai kacang panjang
2 biji terung bulat
4 tangkai cili besar hijau
1 batang lobak putih
1 batang carrot
Cara2
1.Rusuk kambing reneh bersama dengan sedikit garam selama 1 jam atau hingga empuk
2.Rebus kacang dal hingga empuk
3.Panaskan minyak, tumis bahan hiris, daun kari, rempah campur, buah pelaga dan bunga lawang hingga naik bau
4.Masukkan rempah kari dan garam secukupnya, masak hingga pecah minyak
5.Masukkan kacang dal
6.Masukkan rusuk kambing bersama air renehan.Kalau suka boleh masukkan santan.Biar kuah mengelegak
7.Masa kuah mengelegak, masukkan bahan sayur.
8.Masak hingga semua sayur empuk
9.Seimbangkan rasa dengan menambahkan garam



Langkah 1


Langkah 2

Langkah 3

Langkah 4

Langkah 5
Langkah 6


Siap dalca rusuk kambing tanpa santan







Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .