Sunday, 14 January 2018

Sardin campak2 feveret anak


Hari ni budak form 1 ada gerko , sibujang keja pagi jadi mamy kenalah bangun awal  wat brekpes ngan masak lauk bekal sibujang  nak bawak gi tempat keja.  Ikut badan tak larat rasa  nak tido terus tapi tak sampai hati plak nak biar dorang keluar rumah ngan perut kosong. Mamy gigihkan jugak diri  ni bangun masak. Mamy masak yg sempoi2 je, nasi goreng campak2, telur mata goreng kicap, sardin goreng campak2, lepas tu mamy masak nasi sikit . 

Tempat mamy duk ni hujan tak benti2 , cuaca sejuk  macam duk london .Air paip pun sejuk. Bercinta nak mandi.  Sejuk2 semedang perut  lapau, masing2 duk berulang makan. Sementara menunggu cik yuyi datang bawak mamy gi shopink barang dapur ,  diam tak diam 3 kali mamy makan nasi . Lepas shopink barang dapur , cik yuyi bawak mamy makan kat black canyon, nasi jugak mamy tala. Hurmm  tak tau nape , ni pestime mamy dalam sehari 4 kali mamy makan nasi. Ni semua gara2  sardin campak2 hahaha


Sardin campak2




Sardin goreng cili api campak2
Bahan2
1 tin sardin besar[asing sos]
10 tangkai cili api
1 biji tomato belah 6
Garam dan perasa secukupnya
Asam jawa secukupnya
Bahan hiris/tumis
7 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
Cara2
Tumis bahan hiris , cili api dan tomato hingga layu
Masukkan ikan sardin, masak hingga agak garing
Masukkan sos sardin dan asam jawa
Perasakan dengan garam dan perasa  secukupnya
Masak hingga  kuah sardin agak pekat
Tutup api dan angkat




 Lauk yg wat mamy & anak2 makan bertambah. Sesekali masak lauk camggini layan gak.

Khas untuk yang berazam mahu kurus ditahun 2019

Cuba komen kat mana lemak awak suka bersarang  😅 . Yang mana ada azam nak kurus tahun 2019 ni, elok sangat follow @zulhusna_coach ...