Showing posts with label dapur cik ina do do cheng. Show all posts
Showing posts with label dapur cik ina do do cheng. Show all posts

Tuesday, 3 December 2024

Loaded potato bowl dengan brokoli, homemade 🤭


Anak bujang makcik yang nombor tiga tu memang suka sangat makan loaded potato bowl. Setiap kali makcik pergi KFC, mesti dia kirim beli. Satu hari tu, makcik tak sihat, tak ada selera makan, jadi makcik order online bubur ayam MB untuk diri sendiri. Sebelum itu, makcik tanya si bongsu, “Daus nak beli apa-apa tak?” Dia terus jawab, nak loaded potato bowl. Jadi, makcik pun orderkan untuk dia.

Sebaik sahaja bubur sampai, makcik terus makan dengan lahapnya. Hehe! Memang sedap betul makan bubur nasi panas-panas. Sementara tu, makcik perhatikan Daus makan loaded potato bowl dia separuh je. Makcik pun tanya, “Kenapa tak habiskan?”
Dia jawab, “Tak sama macam mak buat.”
Makcik tanya lagi, “Apa yang tak sama?”
Dia kata, “Kentang tak sama.”
Makcik pun balas, “Memanglah tak sama, ni kentang segera! Faham tak? Kalau tak faham, buat-buat faham je.”



Loaded potato bowl sebelum letak topping mayonis dan cheese



Loaded potato bowl selepas letak topping mayonis dan cheese

Resepi Loaded Potato Bowl dengan Brokoli
1. Brokoli
Didihkan air dengan sedikit garam.
Setelah air mendidih, masukkan brokoli dan celur selama 1-2 minit.
Angkat dan tuskan.

2. Popcorn Ayam(makcik guna CP popcorn ayam) 
Ketepikan.

3.Sweet corn kernel, siap sedia untuk digunakan. (makcik guna sweet corn kernel ayam brand) 

4. Kentang Lenyek
Kentang, dipotong kecil-kecil.
Rebus hingga empuk.
Setelah empuk, masukkan sedikit butter dan lenyek hingga halus.
Tambahkan garam dan serbuk lada hitam secukup rasa.
Masukkan susu segar sedikit demi sedikit sambil terus melenyek hingga mencapai tekstur yang diingini.

5. Topping
Mayonis secukupnya.(makcik guna mayonis kewpie) 
Sos cheese secukupnya.(makcik guna Mama G sos cheese) 
Bahan-bahan:
Goreng hingga keemasan.

Cara Penyediaan:
1. Susun kentang lenyek di dasar mangkuk sebagai lapisan pertama.
2. Tambahkan brokoli, popcorn ayam, dan jagung manis di atas kentang lenyek.
3. Tuangkan mayonis dan sos keju secukupnya di atas bahan-bahan tersebut.
4. Hidangkan segera.

Tip:
Untuk rasa lebih menarik, boleh tambahkan serbuk cili atau herba pilihan seperti parsley sebagai hiasan




Thursday, 28 November 2024

Aruan tasik, Jenahak hasil pancingan pak akob dan rakan2 kembali-resepi kari aruan tasik

 27 Nov 2024 Assalamualaikum. Lama sudah makcik tak berkongsi cerita memancing   Pak Akob  dan hasil  pancingannya. Tiba-tiba hari ni, tergerak hati nak bercerita. Rasanya kali terakhir makcik kemas kini tentang hasil pancingannya  ialah pada tahun 2014. Bukanlah makcik tak nak berkongsi, cuma sejak 2014, Pak Akob memang kurang aktif  memancing.

Hari  Sabtu, Pak Akob beritahu Makcik, hari Ahad dia nak bawa  bos dan kawan bos pergi memancing  . Kalau makcik  tak silap dengar, mereka keluar memancing berempat, Pak akob,kawan pak akob, bos  dengan kawan bos. Hasil memancing hari Ahad mereka dapat ikan jenahak, talang dan aruan tasik

Pada tengah hari Isnin, Pak Akob menyiang dan memotong ikan aruan tasik serta ikan talang. Selepas selesai, dia balik ke rumah dan menyimpan semua ikan itu ke dalam peti sejuk beku.

Makcik sampai rumah sekitar pukul 7.30 malam. Bila Makcik buka peti sejuk beku, ikan aruan tasik masih belum keras sepenuhnya. Jadi, Makcik keluarkan ikan itu dan pindahkan ke peti sejuk bawah untuk memudahkan urusan memasak esok pagi tanpa perlu nyah beku.



Di sebelah kiri , bos Pak Akob, manakala di sebelah kanan pula kawan bos Pak Akob, kalau tak silap makcik. Jadi, cuba teka yang mana satu Pak Akob. Tiber!




Hasil pancingan pak akob dan kawan2 



Ikan talang kelihatan di bahagian atas, diikuti ikan jenahak yang agak terselit di tepi sebelah kiri, manakala di bahagian bawah sekali, terdapat ikan aruan tasik.

















Dah  lama tak tengok aruan tasik, tiba-tiba terasa teringin nak makan kari aruan tasik tanpa santan, dengan rasa masam-masam yang menyelerakan. Pagi tadi, makcik masak aruan tasik tanpa santan, lebihkan asam seperti yang diidamkan. Alhamdulillah, akhirnya tertunai juga hasrat hati. Syukur Alhamdulillah!

Resipi Kari Ikan Aruan Tasik Tanpa Santan

Bahan-bahan:
Ikan aruan tasik – basuh bersih dan gaul dengan garam kunyit
Terung hijau thai– belah dua
Pes asam jawa Adabi
air secukupnya
Daun kari
Halba campur
2 bungkus kecil serbuk kari ikan Adabi – bancuh dengan air secukupnya
Garam dan perasa secukupnya
Bahan hiris:
Bawang merah
Halia
Bawang putih
Cara-cara:
1. Panaskan minyak, kemudian tumis halba campur, daun kari, dan bahan hiris hingga naik bau wangi.
2. Masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan air, dan masak sehingga pecah minyak. Tambahkan garam untuk perasa.
3. Setelah rempah pecah minyak, masukkan pes asam jawa diikuti dengan air secukupnya.
4. Biarkan kuah mendidih. Apabila mendidih, masukkan terung dan masak hingga separuh empuk.
5. Masukkan ikan aruan tasik dan serbuk perasa. Masak selama kira-kira 6 minit atau sehingga ikan masak sepenuhnya.
6. Tutup api dan angkat. Kari ikan aruan tasik siap untuk dihidangkan.
Selamat mencuba!


Tuesday, 12 March 2024

Daging masak merah ala Thai. Mudah masak dan sedap

 7 Mar 2024 Khamis. Lama dah tak masak daging masak merah ala thai. Setiap kali  makan kat kedai tomyam asyiklah  dapat daging  keras. Tulah nak masak sendiri. Bahan2 semua cukup ,ada kat umah.



Daging masak merah ala thai 



sos tuk masak daging masak merah ala thai



Bahan2 tuk masak daging masak merah ala thai




Makcik beli daging  Aus chuck block kat AEON  , Insyaallah lembut. Rebus daging  selama 15 minit.Masa merebus letak sos labu thai  bagi daging jadi sedikit merah2 gitew.Takde sos labu thai boleh letak sedikit perwarna merah. Simpan sedikit air rebusan daging



Selepas 15minit angkat daging. Biar sejuk lepas  tu hiris daging nipis


Goreng daging seminit lepas tu angkat


Tumis bawang holand, bawang putih , daun limau purut dan serai hingga naik wangi dan layu



Lepas semua bahan layu, masukkan sos ikan, sos cili sos tiram, sos labu, sedikit air rebusan daging. Masukkan semua sayur.Biar kuah mendidih dan sayur lembut. Akhir sekali masukkan daging, cili api dan hirisan bawang holand.Perasakan ngan garam, gula dan perasa secukupnya.Masak dlm seminit , boleh tutup api .


DAGING MASAK MERAH ALA THAI
Bahan2
Daging (Makcik guna daging Aus chuck block dlm 300gram, conform lembut)
Sedikit air rebusan daging
Sos labu thai(makcik beli kat shopee)
Sos tiram
Sos ikan
Sos cili
Cili kisar
Daun limau purut
Serai
Bawang holand
Bawang putih
Cili api
Kobis bunga
Kacang panjang
Carrot
Garam, gula dan perasa secukupnya








Sunday, 7 May 2023

dalca sayur campur boneless mutton dengan pressure cooker Dessini

Salam syawal. Cerita semalam, hari sabtu, makcik macam malas je nak masak juadah tengahari .Ingat nak  beli tapi tak  tau nak beli apa. Pagi dah beli nasi lemak. Hurmmm tak nak pening2 pale pikir nak beli apa, baik masakkan, dah  tentu2  lauk kita masak boleh makan  dari tengahari  sampai ke malam. 
.
Ada 2 ekor  ikan selar goreng baki 2 hari lepas, makcik goreng balik, makcik goreng sikit ikan talang masin, lepas tu makcik masak dalca sayur letak boneless mutton, makcik kuar sambal hijau .setel.syukur Alhamdulillah
.
Makcik mengunakan pressure cooker Dessini untuk  memasak  dalca sayur campur boneless mutton . Kerja memasak mengambil masa yg lama utk siap, terutama  memasak  makanan  berasaskan daging atau kacang Tapi dengan adanya  pressure cooker dessini makanan akan lebih  cepat masak  dan nutrisi didalamnya tetap terjaga.Harga mampu milik setanding kualiti

Makcik beli Dessini Italy  10IN1 Electric pressure cooker digital Non Stick, Stainless steal Inner pot rice cooker steamer(6L) hanya RM130 di tiktok shop. Sesaper nak beli boleh gi tik tok shop makcik dengan harga RM120 korang boleh dapat pressure cooker dessini sebiji mcm makcik punya. Jgn lepaskan  peluang sementara tengah murah, beli  sekarang kat SINI
.




Pressure cooker Dessini makcik beli dengan harga RM130

Bahan2 utk masak dalca sayur


Makcik  guna button fried  untuk menumis


Tumis bahan tumbuk, rempah kari hingga pecah minyak



Kacang dal bersama boneless mutton

Dalca sayur pressure cooker
Bahan2
500gram boneless mutton(basuh berseh)
200gram kacang dal (basuh berseh)-nak kurangkan pun boleh)
1/2 batang lobak putih 
1/2 batang Lobak merah
2 biji kentang
9 batang kacang panjang
2 biji terung bulat
3 tangkai cili kering
2 keping asam keping
Air(cukup sekadar menutup semua bahan)
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
Halba campur
Daun kari
Rempah kari daging bancuh ngan air
Bahan tumbuk
Bawang merah
Bawang putih
Halia


Masa menumis makcik guna button fried.Lepas bahan tumisan garing. Makcik cancel. Makcik masukkan mutton,kacang dal dan air. Makcik tutup, makcik guna button meat, dan masak 20 minit.Selepas 20 minit , keluarkan wap, bukak tutup periuk, makcik masukkan sayur2an, gula dan asam keping, sambung masak tekan button meat masak selama 15 minit.done.



Dalca sayur campur boneless mutton

Tuesday, 2 May 2023

nasi goreng ala spaghetti aglio olio. sumpah sedap


Salam syawal.  Semalam,lepas anak bujang makan spaghetti aglio olio yg makcik masak,dia cakap, mak sedaplah brokoli letak dalam spaghetti. Makcik cakao,tulah ko baru nak belajar makan brokoli. Sepantas kilat , makcik order online brokoli kat pandamart , tuk tambah stok brokoli dlm peti ais.   Mak2 pantangkan anak cakap sedap sesuatu makanan.Kalau boleh, hari2 mak  nak masak  makanan yg anak mak cakap sedap tu.



NASI GORENG  (dimasak ala2 sapghetti aglio olio)
Bahan2
1.nasi(dlm5-6 cawan nasi digaul sekata ngan 1 sudu kecil garam)
2.fresh shitake mushroom(hiris nipis)
3. Brokoli(belah 2)
5.beef roll(potong kecik)
6.1 ketul kuib pati ayam
7.hirisan bawang putih
8.cili kering digunting halus
9.4 bji telur , kacau sekata
CARA MEMASAK
Tumis bawang putih & cili kering sampai naik harum atau garing
Setelah bahan tumisan garing masukkan 1 kiub pati ayam.kacau sekata
Masukkan beef roll, shitake, masak sekejap.kaup balik supaya semua bahan bergaul.
Masukkan brocoli. Kacau kaup balik seminit
Ketepikan semua bahan , masukkan telur. Biar telur masak kemudian kacau sekata
Akhir sekali masukkan nasi, goreng nasi hingga naik bau.

Beef roll yg makcik guna