Showing posts with label dapurcikinadodocheng. Show all posts
Showing posts with label dapurcikinadodocheng. Show all posts

Thursday, 28 November 2024

Aruan tasik, Jenahak hasil pancingan pak akob dan rakan2 kembali-resepi kari aruan tasik

 27 Nov 2024 Assalamualaikum. Lama sudah makcik tak berkongsi cerita memancing   Pak Akob  dan hasil  pancingannya. Tiba-tiba hari ni, tergerak hati nak bercerita. Rasanya kali terakhir makcik kemas kini tentang hasil pancingannya  ialah pada tahun 2014. Bukanlah makcik tak nak berkongsi, cuma sejak 2014, Pak Akob memang kurang aktif  memancing.

Hari  Sabtu, Pak Akob beritahu Makcik, hari Ahad dia nak bawa  bos dan kawan bos pergi memancing  . Kalau makcik  tak silap dengar, mereka keluar memancing berempat, Pak akob,kawan pak akob, bos  dengan kawan bos. Hasil memancing hari Ahad mereka dapat ikan jenahak, talang dan aruan tasik

Pada tengah hari Isnin, Pak Akob menyiang dan memotong ikan aruan tasik serta ikan talang. Selepas selesai, dia balik ke rumah dan menyimpan semua ikan itu ke dalam peti sejuk beku.

Makcik sampai rumah sekitar pukul 7.30 malam. Bila Makcik buka peti sejuk beku, ikan aruan tasik masih belum keras sepenuhnya. Jadi, Makcik keluarkan ikan itu dan pindahkan ke peti sejuk bawah untuk memudahkan urusan memasak esok pagi tanpa perlu nyah beku.



Di sebelah kiri , bos Pak Akob, manakala di sebelah kanan pula kawan bos Pak Akob, kalau tak silap makcik. Jadi, cuba teka yang mana satu Pak Akob. Tiber!




Hasil pancingan pak akob dan kawan2 



Ikan talang kelihatan di bahagian atas, diikuti ikan jenahak yang agak terselit di tepi sebelah kiri, manakala di bahagian bawah sekali, terdapat ikan aruan tasik.

















Dah  lama tak tengok aruan tasik, tiba-tiba terasa teringin nak makan kari aruan tasik tanpa santan, dengan rasa masam-masam yang menyelerakan. Pagi tadi, makcik masak aruan tasik tanpa santan, lebihkan asam seperti yang diidamkan. Alhamdulillah, akhirnya tertunai juga hasrat hati. Syukur Alhamdulillah!

Resipi Kari Ikan Aruan Tasik Tanpa Santan

Bahan-bahan:
Ikan aruan tasik – basuh bersih dan gaul dengan garam kunyit
Terung hijau thai– belah dua
Pes asam jawa Adabi
air secukupnya
Daun kari
Halba campur
2 bungkus kecil serbuk kari ikan Adabi – bancuh dengan air secukupnya
Garam dan perasa secukupnya
Bahan hiris:
Bawang merah
Halia
Bawang putih
Cara-cara:
1. Panaskan minyak, kemudian tumis halba campur, daun kari, dan bahan hiris hingga naik bau wangi.
2. Masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan air, dan masak sehingga pecah minyak. Tambahkan garam untuk perasa.
3. Setelah rempah pecah minyak, masukkan pes asam jawa diikuti dengan air secukupnya.
4. Biarkan kuah mendidih. Apabila mendidih, masukkan terung dan masak hingga separuh empuk.
5. Masukkan ikan aruan tasik dan serbuk perasa. Masak selama kira-kira 6 minit atau sehingga ikan masak sepenuhnya.
6. Tutup api dan angkat. Kari ikan aruan tasik siap untuk dihidangkan.
Selamat mencuba!


Monday, 1 May 2023

spaghetti aglio olio di hari pekerja


Salam syawal. Apa khabar???makcik khabar baik seadanya. Meriah tak hari raya korang.confirm meriahkan.Hari raya makcik tahun ni sama macam hari raya tahun  sebelum nya. Makcik masak nasi himpit,kuah kacang, rendang kambing, ayam masak merah  Makcik masak awal .Makcik cuti 3 hari sebelum hari raya. Makcik mula keja,hari selasa  raya ke 4. Meriahlah jugak raya tahun ni, budak kampung datang beraya, bakal menantu, bakal besan ,anak menantu datang beraya.syukur Alhamdulillah. Pejam celik pejam celik , hari ni dah 10 syawal.cepatnya masa berlalu meninggalkan kita.
.
Pagi semalam beli sarapan online, pagi ni tak kan nak beli. Ada baki spaghetti hari tu,pagi ni makcik wat spaghetti aglio olio.



SPAGHETTI AGLIO OLIO
Bahan2
1.spaghetti(makcik guna angle hair)
2.fresh shitake mushroom(hiris nipis)
3. Brokoli(belah 2)
4.tomato ceri-belah 2
5.beef roll(potong kecik)
6.1 ketul kuib pati ayam
7.hirisan bawang putih
8.cili kering digunting halus
9.cili flake(makcik tambah ,,nak bagi rasa pedas)
10. Olive oil
CARA MEMASAK
Didihkan air. Setelah mendidih masukkan garam dan spaghetti angle hair.kacau sekata.Masak 4 minit. Setelah 4 minit
 Buang air
Tumis bawang putih & cili kering sampai naik harum atau garing
Setelah bahan tumisan garing masukkan 1 kiub pati ayam.kacau sekata
Masukkan beef roll , shitake, brokoli,masak sekejap.
Kemudian masukkan angel hair.tabur secubit garam. angkat kaup balik supaya semua bahan bergaul.
Akhir sekali masukkan tomato ceri dan tabur cili flake. Kacau sekata.kemudian tutup api


Spaghetti aglio olio

Thursday, 17 February 2022

dapur bujang cik yuyi


Assalamulaikum, tengah wat apa tu??? makcik tengah tension. tapi malas nak cite  pasai apa. kang makcik cite, ada plak mulut2 takde insuran cakap makcik  tak tau nak bersyukur, dah  tua tak sedar diri. better makcik kunci mulut.syyy.


Dahlah.jom tukar topik.Tiber makcik rindu masa cik yuyi bujang. masa makcik ngan firdaus lepak rumah  dia. Lama noh makcik peram entry masak2 kat rumah cik yuyi ni, dari sebelum dia kahwin sampailah sekarang dia  dah ada 2 orang anak   Walaupun entry ni sikit lagi nak berkulat namun semangat untuk mengupdatenya tetap berkobar-kobar. makcik  akan menghargai setiap  detik yang kita luangkan bersama.


Masak2  kat rumah cik yuyi. Masa ni cik yuyi tinggal di apartment Taman Sentosa.


Sambal sardin


kobis goreng

Feveret cik yuyi , kerang rebus


Pencicah kerang rebus, kicap lemak manis campo cili ngan bawang putih kisar

Telur dadar cili bawang



Masa ni budak form 5 baru 9 tahun. Bambam lahai pipi dia. huk huk huk .