7 Mar 2024 Khamis. Lama dah tak masak daging masak merah ala thai. Setiap kali makan kat kedai tomyam asyiklah dapat daging keras. Tulah nak masak sendiri. Bahan2 semua cukup ,ada kat umah.
Daging masak merah ala thai
sos tuk masak daging masak merah ala thai
Bahan2 tuk masak daging masak merah ala thai
Makcik beli daging Aus chuck block kat AEON , Insyaallah lembut. Rebus daging selama 15 minit.Masa merebus letak sos labu thai bagi daging jadi sedikit merah2 gitew.Takde sos labu thai boleh letak sedikit perwarna merah. Simpan sedikit air rebusan daging
Selepas 15minit angkat daging. Biar sejuk lepas tu hiris daging nipis
Goreng daging seminit lepas tu angkat
Tumis bawang holand, bawang putih , daun limau purut dan serai hingga naik wangi dan layu
Lepas semua bahan layu, masukkan sos ikan, sos cili sos tiram, sos labu, sedikit air rebusan daging. Masukkan semua sayur.Biar kuah mendidih dan sayur lembut. Akhir sekali masukkan daging, cili api dan hirisan bawang holand.Perasakan ngan garam, gula dan perasa secukupnya.Masak dlm seminit , boleh tutup api .
DAGING MASAK MERAH ALA THAI
Bahan2
Daging (Makcik guna daging Aus chuck block dlm 300gram, conform lembut)
Sedikit air rebusan daging
Sos labu thai(makcik beli kat shopee)
Sos tiram
Sos ikan
Sos cili
Cili kisar
Daun limau purut
Serai
Bawang holand
Bawang putih
Cili api
Kobis bunga
Kacang panjang
Carrot
Garam, gula dan perasa secukupnya
No comments:
Post a Comment