Tuesday, 31 December 2013

langkah demi langkah sup sayur dan bebola ayam plus bebola ikan talang entry penutup untuk tahun 2013




Selamat tinggal tahun 2013.....Selamat datang tahun 2014, aku tak de  azam baru dan tak pernah ada azam sebelum ni pun. Setiap tahun  berlalu bermakna umur aku berganjak, hari -hari  yang mendatang  terus kulalui dengan penuh kebahagian  , kesyukuran dan  kesenyuman  cuma satu  harapanku di  tahun 2014 agar aku menjadi  manusia yang  sentiasa  bersyukur kepada Allah SWT atas limpah kurnianya dan rezekinya yang tidak putus-putus syukur syukur , oiiii dapat makan nasi pun dah boleh bersyukur.  Setiap hari masuk ofis duk goyang kaki&teluk puas bergoyang sambung  kira bulu kaki tangan plak, setiap hujung bulan ambik gaji, setiap  hujung tahun ambik  bonus pun dah boleh bersyukur oiii, aku  pui pui  pui  saje  mulut yang  suka nak komplen tak cukup  bonus tu. DASAR manusia yang tidak tahu nak bersyukur dengan nikmat tuhan,  nasib baik ada orang nak bagi oii  kalau tak melopongggg.  Dah lah aku pun  malas  nak bebel panjang ,  Akhir sekali   walaupun  kita tak dilahirkan secantik So Wincci  tapi kita kena  bersyukur & berterima kasih  kepada kedua ibu bapa kita  kerana mereka bersusah payah  melahirkan dan membesarkan kita sehingga ke hari ni. especially IBU, sebut betul-betul. Tak payah membebel sangatlah mak jemah nanti ramai yang bebulu maki mak jemah. Moh lah kita


Bahan-bahan  untuk membuat bebola ikan talang
a)Isi ikan talang yang telah dibuang kulit
b)garam dan serbuk perasa secukupnya
c)sedikit sebuk  lada sulah
d) setangkai daun bawang dihiris sederhana halus
e)Sedikit tepung ubi
Cara menyediakannya
a)Kisar isi ikan bersama garam, serbuk perasa dan lada sulah
b)Campur isi ikan yang telah dikisar dengan hirisan daun bawang dan gaulkan hingga tidak melekat ditangan apabila dibentuk bebola ikan.(jika melekat tambahkan tepung).Ketepikan


Bahan -bahan untuk membuat sup sayur dan bebola ayam plus bebola ikan talang
1)1.5 liter stok ikan bilis
Cara menyediakan 1.5 liter stok ikan bilis
Masukkan ikan bilis dan lebih kurang  1.5 liter air ke dalam periuk.Reneh hingga mendidih mengunakan api sederhana.
Sekiranya kita ingin menikmati  stok ikan bilis cum sup yang sedap, manis dan lemak berkrim, sila beli spesis ikan bilis  hitam yang dah siap berkopek.Sup hasil renehan spesis ikan bilis hitam,InsyaAllah tak mengecewakan.

2)5 batang sawi putih disiang [asingkan daun dan batangnya yang lembut] 
3)4 ulas bawang putih [dicincang halus]
4)3 ulas bawang merah[dihiris halus]
5)10-14 ketul bebola ayam
6)10 ketul bebola  ikan talang
Cara menyediakan sup sayur dan bebola ayam plus bebola ikan talang
1)Panaskan sedikit minyak masak plus 1tsp minyak bijan , tumis bawang putih cincang dan hirisan bawang merah kecik hingga naik bau
2)Setelah  semuanya naik bau, masukkan stok ikan bilis .Renehkan  sampai mendidih
3)Masukkan bebola ikan talang dan biarkan  agak mendidih
4)Masukkan sawi putih diikuti  dengan bebola ayam.Renehkan sampai mendidih
5) Akhir sekali tutup api dan angkat
comel tak bebola ikan talang kak ton??????????
Sup sayur dan bebola ayam plus bebola ikan talang

perghhhhhhhh sedapnya  makan  nasi berlaukkan  sup sayur, sambal belacan dan ikan kering


Sambal belacan

 ikan kering@ikan masin











Tarikh : 27 December 2013, Jumaat
Lokasi : Rumah sendiri











SELAMAT TAHUN BARU 2014

















Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .