Monday, 23 December 2013

semua tentang "TALANG" & "BELACAN"

Ternyata rezeki menyebelahi pakcik setelah hampir setahun tak turun ke laut. Syukur Alhamdulillah,pertama kali  turun ke laut subuh semalam pakcik dapat sekor ikan talang berat lebih kurang 4 kilo .  Di Musim tengkujuh laut bergelora ni  pakcik tak dapat  turun ke laut untuk menangkap ikan. Tak turun ke laut , bermakna berkuranganlah pendapatan pakcik bulan ni  .Nak harapkan hasil jualan belacan makcik , sebulan berapa sen sangatlah makcik dapat ??? haishhh korang jangan pandang keji dengan orang jual belacan, dulu jiran lama  makcik yang start dulu  jual belacan   pun sekarang ni dah bukak bisnes jual kereta terpakai  kat depan rumah. *apa yang kau merepekkan ni syaiton*
 Abaikan dua bilah pisau tajam yang pentingnya  sentiasa diasah oleh pakcik, sila fokus kepada "IKAN  TALANG"
Pakcik gigih menaikkan isi ikan talang, makcik pulak gigih bersantai di depan komputer
Proses menaikkan isi ikan talang hampir 90% siap 
Isi ikan talang
Makcik dah tak boleh santai  ,pakcik panggil suruh tolong dia masukkan  isi ikan kedalam beg plastik. Bagi memudahkan kerja memasak makcik akan bahagikan isi ikan tadi kepada beberapa beg plastik
Isi ikan talang segar
tulang ikan talang disimpan  dalam esbok  esok lusa boleh dijadikan stok ikan 









Semua tentang"BELACAN"

Semenjak ada lelaki suci  bersebelahan denga gerai belacan makcik ni  setiap kali makcik nak mengamuk terpaksalah kepit suara. Tensionlah  dengan  budak yang jual belacan  guna kepala lutut tapi bila main candy crush pandai pulak guna otak, kerja macam haramjadah/rubbish ,haishhh tak tahu aku nak kategorikan budak ni macam mana? 
















Tarikh : 22 December 2013, Ahad
Lokasi : dapurku syurgaku











Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .