Keluarga aku dengan kicap memang tak dapat dipisahkan.Masaklah macam mana sedap pun........ nanti hujung-hujungnya mesti anak-anak aku nak kicap , lagilah kalau ada kicap kipas udang lemak manis lagi ligat tangan dorang menuang kicap di dalam nasi .Pernah suatu hari tu kami sekeluarga berada di meja makan menghadap hidangan tengahari yang sedap ,dah tentunya masakan dari air tangan maknya sendiri .Sedang mereka asyik menikmati hidangan masing-masing , tiba-tiba salah seorang daripada mereka bertanya "mak !!ada kicap tak?" "tak de," aku menjawab selamba sambil tangan laju menyuap nasi kedalam mulut.
Ayam masak kicap
1)13 ketul ayam sederhana besar [dibersehkan dan digaram kunyit]
Bahan tumis
1) 1 batang kayu manis
2) 3 kuntum bunga cengkih dan 3 biji buah pelaga
4)2cm halia[dikupas kulit dan dimayang halus]
5)7 tangkai cili api merah[dibelah dua]
6)4 tangkai cili besar merah[dibelah dua]
7)1 labu bawang besar [dikupas kulit dan dihir bulat-bulat]
Bahan Kuah kicap
1)Kicap kipas udang lemak manis secukupnya
2)3 sudu besar sos cili Life
3)2 sudu besar kicap pekat
4)2 sudu besar lada hitam kicar
5)Air secukupnya
cara menyediakan:
1)Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga kekuningan.Ketepikan..
2)Panaskan minyak dan tumis bahan tumis 1 -4 hingga naik bau
3) Setelah naik bau tumis bahan tumis 5-7 hingga layu
4)Masukkan bahan kuah kicap 1-3 kacau dan biarkan sekejap .(kalau kuah kicapnya nampak pekat boleh tambah air)
5)Akhir sekali, masukkan ayam goreng dan serbuk lada hitam kisar. Kacau rata sekali lagi.
6)Bila kuah kicap dah mendidih, boleh tutup api dan sedia dihidangkan
Tumis bahan tumis sehingga garing
Bahan-bahan :
1)1/2 biji kobis cina sederhana besar[dihiris halus]
2)4 ulas bawang putih[dipecah dan dibuang kulit kemudian dicincang]
3)1/2 genggam ikan bilis[dibasuh berseh]
4)serbuk perasa secukupnya & Kicap cair [penganti garam]
Cara menyediakan :
1)Panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga sederhana garing dan ketepikan ditepi kuali
2)Tumiskan bawang putih hingga naik bau dan agak garing
3)Masukkan kobis, goreng hingga kobis masak/lembut
4)Akhir sekali perasakan dengan kicap cair[penganti garam] dan serbuk perasa secukupnya
5)Masukkan sedikit air sebelum diangkat
kobis cina goreng bawang putih
Tarikh : 5 December 2013, Khamis
Lokasi : Rumah sendiri
Peristiwa : Juadah Makan tengahari
Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .
No comments:
Post a Comment