Tuesday, 3 December 2013

butter kek butter kek nyanyi sebijik macam lagu coklat kek Dr.Fazley : )

Coklat kek nyanyian Dr.Fazley  ada resepi coklat kek didalamnya , ko ado????, salute to Dr.Fazley.Motip? Tak de apa peristiwa  penting pun yang berlaku hari ni  , saje je  aku nak bagitahu, hujan , cuaca sejuk  sepanjang hari di port Klang. Balik kerja tadi , aku kena hujan sikit.Sampai je rumah terus mandi. Apa yang aku tau aku  tak boleh kena hujan .Kena hujan sikit  tapi impaknya kepala  berdenyut terus menerus.Yang aku tak tahan tangkap mata sekali.Jawapannya tido.Selepas terlayang dalam sejam, bangun terus bedal seketul ayam kehapci.Lepas isi perut,aku  sambung landing sambil update blog.Inilah  hasilnya "enty butter kek".

Setelah  aku diperkenalkan  dengan fresh milk jenama farm fresh dua bulan lepas sejak tu aku dah tak  berpaling pada jenama susu yang  lain

*Bahan -bahan  untuk membuat butter kek

1)250 grams butter(aku guna tatura & Ballantyne salted butter)
2)150 grams castor sugar
3)250 gram  self raising flour
4)4 biji telur(suhu bilik)
5) satu sudu besar fresh milk
6)sedikit essen vanilla
Cara menyediakannya
1)Pukul butter dengan gula castor sampai kembang dan gebu
2)Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus memukul hingga kembang
3)Masukkan essen vanila dan pukul sekejap
4)Masukkan  self raising flour sedikit demi sedikit sambil memukul  menguna mesin pemukul pada tahap
5)Akhir sekali masukkan fresh milk sedikit demi sedikit  sambil memukul
6)Rehatkan  adunan kek  dalam masa 20 minit
7)Bakar kek dalam oven selama 35-40minit pada  suhu 180 darjah celcius 
 
Aku  gandakan *bahan-bahanya sebab  nak menyediakan lebih kek .

putar jangan tak putar gula dengan butter sehingga kembang dan gebusss
oh my adunan butter kek
Butter kek yang hampir masak

Orang dalam rumah makcik suka butter kek yang agak lembab lembab
Berbaloi, butter kek ni dapat diagihkan sedikit kepada  pengasuh Firdaus dan rakan ofis








Tarikh : 26 November 2013,Selasa
Lokasi : Rumah sendiri
Peristiwa :  exercise mata dan tangan






Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

1 comment:

Unknown said...

butter cake guna butter murahan mesti jauh beza dgn butter cake guna pure butter ni kan kak.. sesekali nak cuba jugak lah..

haishh.. rumah sebelah2 akak takde yg kosong ke.. kot boleh menyewa dekat dekat..hahaha..